Pages

HADIAH UNTUK IBU DAN AYAH

Assalamualaikum w.b.t..Harap korang sihat walafiat hendaknya..

Rentetan dari entry sebelum ini tentang kebahagian ibu bapa, salah satu cara untuk membuatkan hati ibu bapa kita gembira, suka dan bahagia adalah dengan memberi hadiah..surpriseeee!!hehe



Hari Ulangtahun Umi & Ayah 2013


"Mak.. selamat Hari IBu:"

"Ummi..selamat Hari Lahir"

"Ayah..selamat Hari Bapa"

"Papa..Selamat hari Ulangtahun"

Tapi untuk tengok mereka bahagia sepanjang masa, tak perlu tunggu hari-hari tertentu.. boleh je nak bagi hadiah..sebab hari-hari adalah hari untuk ibu, hari-hari adalah hari untuk ayah..

Sekali sekala kita bagi kejutan pada ibu ayah, mesti dia rasa lebih dihargai kan? Saya nak share idea or tips hadiah apa yang menarik dan best untuk diberikan..

Bajet ‘gold class’ (RM 150 ke atas )

  • Bawa mak ayah dinner istimewa atau percutian bersama keluarga. Dan kumpul duit satu keluarga, belikan hadiah special untuk mereka. 
  • Bawa mak ayah ke persembahan/majlis khas idaman mereka.
  • Belikan mereka aksesori atau barang kegemaran mak ayah seperti rantai atau gelang emas kegemaran ibu, jam tangan mahal untuk ayah. Curahkan kemewahan pada mak ayah sekali sekala, apa salahnya. Bagi girlfriend/boyfriend hadiah mahal-mahal masa birthday, takkan untuk mak ayah tak boleh kan?
  • Belikan pakej spa atau facial bagi ibu / tiket perlawanan sukan bagi bapa / tempahan lokasi untuk rekreasi dan riadah untuk Spend qualiti time sama-sama dengan mereka. Penat bertahun-tahun ibu/ayah habiskan masa menjaga kita, sehari teman ibu/ayah menikmati keseronokan tak susah.
  • Balik kampung jenguk ibu bapa. Hadiah paling tak ternilai. Buat kejutan pada ibu/bapa terutamanya yang tinggal di Sabah dan Sarawak atau di luar negara.
  • Sesekali hadiahkan pakaian mahal seperti tudung mahal seperti Ariani pada ibu yang bertudung. Untuk ayah pula hadiahkan gadget yang sesuai untuk kegunaan aktiviti harian. Harga boleh tahan beratus-ratus kan? Tapi bagi yang berbajet “Gold Glass” saya yakin anda mampu.
  • Belikan peralatan/ Set Kesihatan yang memenuhi tahap kesihatan menyeluruh mak ayah.

Bajet “Business Class” (RM 50 – RM150)

  • Hadiahkan bunga atau coklat atau kek pada mak ayah. Kadang-kadang dari hadiah yang nampak mudah ni pun dah cukup tunjukkan pada mak ayah kita yang kita hargai dia.
  • Set pinggan mangkuk dan alatan dapur. Bagi ibu yang rajin ke dapur, mungkin set pinggan baru atau alatan dapur adalah yang paling sesuai dan praktikal.
  • Set AlQuran Digital atau CD / Buku Keagamaan / Kalendar Sunnah / Bahan Bacaan yang sesuai untuk mak ayah. 
  • Baju dan pakaian. Bagi mereka yang mempunyai bajet business class, baju kurung/kemeja/jubah atau apa saja baju sesuai diberikan pada mak ayah. Tapi ingat saiz biar sesuai ya?
  • Ajak ibu kita pergi berkelah atau piknik di sungai atau di tepi laut bersama keluarga.
  • Set mandian atau wangian.
  • Aksesori seperti jam tangan, gelang, rantai dan cincin yang unik untuk mak ayah. Selalunya kalau cincin atau gelang atau rantai kristal macam ni bawah RM100 dah boleh dapat.
  • Belikan peralatan/ Set Kesihatan yang memenuhi tahap kesihatan menyeluruh mak ayah.

Bajet “Ekonomi” ( RM 0 – RM50)

  • Kad Hari Ibu/Bapa/Hari ulangtahun buatan tangan.
  • SMS dan telefon bagi yang tak dapat pulang. Tanya khabar mak ayah dan ucapkan Selamat Hari Ibu/Bapa atau Hari Ulangtahun dan terima kasih pada mereka.
  • Tudung, Shawl, brooch bagi ibu yang bertudung dan menggemari brooch menarik. Kopiah, Songkok, Butang Baju Melayu untuk ayah.
  • Belikan kek special untuk ibu dan ayah dan raikan hari bahagia bersama seisi keluarga.
  • Beli frame besar, kemudian print kan gambar seisi keluarga dan hadiah kan pada mak ayah. Buat special family portrait =)
  • Tengok wayang dengan mak ayah. Lain dari yang lain.
  • Spend satu hari dirumah buat kerja yang mak ayah kita selalu buat. Basuh baju, kemas rumah, jaga adik berkebun dan lain-lain. Bagi mak ayah rehat pulak.
  • Masak makanan kegemaran mak ayah. ( Bagi yang tahu memasak )
  • Belikan peralatan/ Set Kesihatan yang memenuhi tahap kesihatan menyeluruh mak ayah.



So korang, lepas ni boleh la pikir-pikirkan hadiah yang sesuai untuk mak ayah korang mengikut bajet korang. Nak share ngan pembaca disini pun boleh..



Last skali, same-same lah kita lakukan yang terbaik untuk kebahagian mak ayah dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu dan ayah di dunia dan di akhirat.


2 comments: