Pages

Showing posts with label PHYTOCOL-ST. Show all posts
Showing posts with label PHYTOCOL-ST. Show all posts

ATASI MASALAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI ~ PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Di Malaysia di anggarkan 6juta penduduk yang mengalami kolesterol yang tinggi. Adakah kita atau ahli keluarga termasuk golongan ini ?

Bagaimana yang dikatakan Phytocol-St Shaklee Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi??






Kite tengok dulu ape tu Kolesterol..

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia.



Jenis-jenis Kolesterol:

1) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol 'JAHAT. 

LDL yang tinggi dalam darah akan membentuk 'plak' yang menyumbat dan menyekat aliran darah. Inilah yang selalu menyebabkan serangan jantung dan stroke.


2) HDL (High Density Lipoprotein) - Kolesterol 'BAIK'
HDL pula membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Jadi HDL ni untuk 'membersihkan' salur darah.


Sebab itulah, kita perlu ada HDL yang TINGGI dan LDL yang RENDAH. 

Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. 




Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol kurang dari 300mg sehari yer. Bagi yang ada penyakit jantung pula, kena hadkan kepada kurang dari 200mg sehari saja.

dan..jangan ingat orang berlebihan berat badan saja yang ada masalah kolesterol. Sebenarnya, orang kurus pun boleh ada masalah kolesterol tinggi juga tau.


Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;

  • Masalah Pernafasan
  • Sakit Dada
  • Pening
  • Denyutan Jantung yang tidak tetap
  • loya dan muntah2
  • Heartburn atau ketidakhadaman
  • Berpeluh dingin

Kolesterol tinggi boleh meninggikan risiko SAKIT JANTUNG!!




Kalau tinggi kolesterol, risiko serangan jantung meningkat 15.6%, 
dan angin ahmar meningkat 11%.




Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, menyebabkan penyakit hati berlemak, hormon tak seimbang dan ketidaksuburan.



Rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.


JADI JOM BERTINDAK HARI INI!!


ATASI MASALAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL!!





Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL dan STANOL TUMBUHAN) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buahan, sayuran, kekacang, bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. 


Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Lebih 80 kajian klinikal telah diterbitkan dalam penerbitan saintifik tentang keberkesanan dan keselamatan fitosterol.



Jumlah yang disyorkan diambil ialah 2000mg fitosterol sehari.



Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Untuk mendapatkan fitosterol secukupnya, makanan-makanan ini perlu diambil setiap hari.
~ 200 batang lobak merah
~ 70 keping roti gandum
~ 425 biji tomato




Kesitimewaan Phytocol

  • Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif 
  • Fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol 
  • Mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari 
  • Kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH 
  • Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan 


Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambar di bawah :

SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Sekarang, dah tahu cara nak turun kolestrol kan? 

Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Berapakah Harga Phytocol ini??

Boleh hubungi nombor yang  tertera dalam gambar  dibawah:



|ASK ME FOR DETAILS|


STEAMBOAT DI KEMAMAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Entry kali ni, nak cerita pasal Steamboat.. dah lama teringin nak makan Steamboat kat Kemaman ni.
Alhamdulillah hari Rabu lepas, Allah beri peluang dan rezeki untuk merasai Steamboat di Musz Corner yang terletak di Jalan Gong Limau, Kemaman, Terengganu ( jalan daripada traffic light MPK ke Wisma Persekutuan Daerah Kemaman ). Kedai ni buka waktu malam tau..siang diorang off.




Biasa kalau kami ke sini time tak sempat nak masak (padahal malas nak masak..hehe) atau time nak tukar selera sekali sekala atau time nak balik kampung. Memang selalu menjadi tempat persinggahan makan on the way kami sebab kami tak perlu menunggu terlalu lama untuk makan selepas order.

Menu yang biasa kami order terdiri dari Set Makanan Berlauk - Nasi Putih, Tom Yam Campur, Telur Dadar, Sayur Kailam Ikan Masin, Sotong/Udang Masak Merah/Kunyit dan Air. 
Tapi kehadiran kami kali ni rasa nak order Steamboat..nyum!nyum!



Special kat sini, semasa kita nak order, pekerja yang nak amik order mesti bawak sekali satu pinggan potongan buah betik. So, semasa menunggu makanan sampai kami duk pulun menikmati hidangan buah dulu.

So, order kami malam ni..Steamboat untuk 2 orang makan ! dan Hash Brown (ala-ala kepsi gitu..) untuk Faatihah incase dia tak nak makan Steamboat. Air plak kami order Jus Epal (feberet encik suami), Nescafe Tarik dan Milo untuk si kecik.


 
Nampak tak periuk steamboat dah get ready untuk berkhidmat..

Bila order sampai, macam ni la bahan-bahan nya..




.
Sooo.. apalagi meh ler kite mensteamkan semua bahan-bahan ni..tak sobar dah nak makan..tadaa..



MMM..sedap nyerrrr..licin kami makan..Lain kali nak makan lagi..



Jika anda mempunyai  sharing tentang steamboat murah di area korang tinggal, sila tinggalkan komen anda di ruangan komen dibawah untuk rujukan rakan2 yang lain.


Lepas makan steamboat wajib telan vitamin pemusnah kolestrol!!!