Pages

Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts
Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts

PENAWAR DEMAM DENGGI


Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan modesahajan bukan di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus).



Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.




6 TIPS BAGI RAWATAN ALTERNATIF

1.Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2.Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu sahaja.

3.Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.

4.Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.

5.Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

6.Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Meredakan Dan Menyembuhkan Denggi

Di Shaklee menyediakan suplemen tambahan bagi membantu dalam meredakan dan sekaligus menyembuhkan demam denggi.

Performance Drinks
=================


Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Sangat baik untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot).

Performance Drinks Shaklee sangat berkesan meredakan sakit dan lenguh badan. Ini terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. Ianya mampu meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktulatihan tanpa mencederakan tubuh. (Sangat sesuai bagi mereka yang aktif bersukan, para atlet, tidur lewat, selalu letih, utk yang berpuasa, cirit-birit, tiada selera makan, pening-pening dll.






Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|


SET MIGHTY 3 GEMS

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. dengan tidak bersarapan, anda mungkin:
*Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
*Kurang peka
*Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
*KAndungan gula dalam darah yang rendah
*Produktiviti kerja menurun.

Shaklee menawarkan Program Mighty 3 gem untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat dengan kebaikan:
*Bertenaga sepanjang hari
*Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
*Memelihara kesihatan menyeluruh.

SHAKLEE KEMAMAN


SET MIGHTY 3 GEMS

1. ESP Energizing Soy Protein 850g = RM150.00
2. Performance Drink Orange539g =RM82.50
3. Meal shake French Vanila 544g =RM113.75




SENARAI HARGA yang dipaparkan ialah HARGA RUNCIT. 


PRODUK SHAKLEE boleh dibeli secara online,
sekiranya anda mendaftar KEAHLIAN SHAKLEE.



Nak beli PRODUK SHAKLEE MURAH dengan harga 
ISTIMEWA/HARGA AHLI??
Hubungi admin di nombor yang tertera pada gambar dibawah.



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

ASSALAMUALAIKUM..

Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya. Beruntunglah anda yang dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, karana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia ia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tdk konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengann pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

Apabila kita berpuasa kadang2 badan kita cepat letih dan cepat penat kan..ini berlaku sama ada badan kita mmg betul2 penat sebab kekurangan air atau sbb minda kita sendiri yg set dari awal lg apabila berpuasa badan kita akan letih...tepuk dada tanya iman :-)

Di sinilah..pentingnya kenapa kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan).
SHAKLEE KEMAMAN
Cadangan suplemen seperti gambar di atas NutriFeron, Performance Drink, Energizing Soy Protein, Alfalfa Complex,Vita-Lea,B-Complex,Chewable Vita-C adalah amat sesuai diambil pada bulan Ramadhan malah sesuai juga diambil oleh ibu menyusu.


Panduan makan suplemen yang dicadangkan oleh Shaklee di bulan puasa BOLEH RUJUK DISINI YE..

SELAMAT BERPUASA dan kekal sihat bertenaga daripada Shaklee.Moga lebih jelita dan langsing,tampan di Hari Raya.


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

CARA MAKAN VITAMIN ~ BULAN PUASA


Assalamualaikum w.b.t..

SHAKLEE KEMAMAN

Memandangkan lg beberapa hari lagi kita umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan...dan juga ramai yang bertanya tentang pengambilan/cara makan vitamin pada bulan puasa, sebab bila masuk bulan Ramadhan, maka sudah tentulah jadual makan vitamin akan lari sedikit dari kebiasaan sebab kita tak makan di siang hari.

Jadi macam mana nak teruskan makan vitamin dalam bulan Ramadhan ni? Takkan nak skip terus or lupakan vitamin?? NO NO NO....Jangan sesekali skip vitamin anda di bulan Ramadhan ni ye...Anda boleh teruskan je seperti biasa, cuma jadual pengambilannya perlulah diubah sedikit dari kebiasaan....

Macam ni..


SAHUR 
~ ESP : 1 x sahur; 1 x sebelum tidur
                  (Bancuh 1 sudu besar dalam gelas plain water/susu/jus/milo)           
~ boleh tambah MealShake 1 sudu (jika ada)
~ Performance Drink -minum segelas
~ Alfalfa x 3biji
~ Zink x 1biji


BERBUKA 
~ Vitalea x 1biji
~ B Complex x 1biji
~ Vitamin C x 1biji


MOREH / SELEPAS TERAWIH
~ LEcithin x 3biji
~ Omega Guard x 3biji



SEBELUM TIDUR
~ Ostematrix x 2biji
~ Vitamin E x 1biji
~ GLA x 2biji




Atau boleh juga ikut macam ni:-
1.Yang biasa ambil pagi - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur




ATAU boleh juga macam ni :
Hubungi saya (seperti gambar dibawah)  atau pengedar anda untuk mengetahui jadual pengambilannya..hihi



Jangan dilupakan juga, basic rules dalam pengambilan vitamin ini iaitu :
Vitalea TIDAK BOLEH diambil bersama susu/ESP/ostematrix
Vitamin E TIDAK BOLEH diambil bersama alfalfa
Air masak hendak lah diminum sebanyak 2-3liter


Jadi, silalah jangan abaikan pengambilan vitamin anda sepanjang bulan Ramadhan ini, terutamanya Performance Drink (PD) bagi mengelakkan anda kekurangan nutrisi, kekal cergas & cerdas sepanjang hari serta tidak merasa lapar sepanjang tempoh berpuasa. Lagipun, sudah tentu anda mahu kelihatan cantik, segar dan menawan di pagi raya bukan???


Vitamin ini membantu badan sentiasa bertenaga dan tidak kehausan termasuk ibu menyusukan anak. Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur.



**Extra tips:
Bagi ibu-ibu yang TIDAK mengamalkan Vitamin Shaklee :

Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Makan oats ATAU minum secawan horlicks + oats.
(4) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma
(2) Minum air soya panas.

Sebelum Tidur:
(1) Minum air suam sebanyak mungkin.
(2) Minum secawan Milo atau Horlicks panas atau barli suam.
(3) Vitamin - apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina


Walaupun kami mengesyorkan jadual di atas untuk ibu menyusu tetapi hakikatnya jadual tersebut boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, baik lelaki mahupon perempuan yang menyusu/tidak menyusu. Tidak menjadi masalah. Ibu hamil juga boleh menggunakan jadual yang sama cuma anda tidak perlu mengambil alfalfa.



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

AMALAN SUNNAH DALAM BULAN SYA'BAN

Assalamualaikum para pembaca blog sihatcommey..

Pejam celik esok dah 1Sya'ban tahun 1435 H.. maknanya...


SHAKLEE TAMAN ALAM PERDANA KEMAMAN

Bagi teman-teman wanita..korang dah abis ganti puasa ke..atau bagi mereka sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak,anak muda remaja, orang dewasa yang nak puasa sunat pun lagi baik, dapat pahala..

Jom baca--

Beberapa amalan Sunnah dalam Bulan Sya'ban

Di dalam bulan Sya’ban, terdapat beberapa ajaran daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat diamalkan oleh seseorang muslim. Di antaranya ialah seperti berikut:

1- Perbanyakkan puasa dalam bulan ini:

…أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا[1] 

Maksudnya: ‘Aisyah berkata ‘Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa pada satu bulan melebihi bulan Sya‘ban. Baginda berpuasa bulan Sya‘ban kesemuanya. Baginda sering berkata “Ambil amalan yang kamu mampu lakukan kerana Allah tidak akan bosan kecuali jika kamu bosan.” Sebaik-baik solat kepada Nabi s.a.w. ialah apa yang diteruskan walaupun sedikit. Jika baginda melakukan satu solat Baginda akan meneruskannya.


2- Apabila sampainya pertengahan Sya‘ban, pastikan kita mempunyai sifat-sifat mulia ini (mukmin, tidak bersengketa dan tidak berhasad):


يطلع الله تبارك و تعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان ، فيغفر لجميع خلقه ، إلا لمشرك أو مشاحن [2]
Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam pertengahan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).


3- Apabila berada di pertengahan kedua Sya‘ban, puasalah pada hari yang biasa kita puasa sahaja, jika tidak biasa puasa pada hari itu elok jangan berpuasa:


إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا [3]
Maksudnya: Apabila datangnya pertengahan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.


4- Pastikan tidak berpuasa pada hari yang diragui adakah masih Sya‘ban atau sudah masuk Ramadhan:


لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ [4]
Maksudnya: Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari kecuali orang yang biasa puasa hari tertentu bolehlah dia berpuasa pada hari itu.

…فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [5]

Maksudnya: Maka Ammar berkata ‘Siapa yang puasa pada hari yang manusia meraguinya maka dia telah membuat maksiat terhadap Abu al-Qasim s.a.w.


Kredit :
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/beberapa-amalan-sunnah-dalam-bulan.html

Semoga bermanfaat !!

Kepada teman-teman yang ingin melaksanakan ibadah puasa tu boleh bersahur dengan mengambil makanan tambahan ni  : SET MIGHTY TRIPLE GEMS.
 In Sya Allah membantu anda bertenaga sepanjang hari.


SHAKLEE TAMAN ALAM PERDANA KEMAMAN

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

PERFORMANCE DRINK

Performance drink Shaklee berperanan dalam menyediakan karbohidrat bagi tubuh dan yang amat penting sekali ia berfungsi mengekalkan imbangan cecair tunuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.

SHAKLEE KEMAMAN


Perbezaan Shaklee

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.


Manfaat Utama:
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja dan dicampur bersama minuman lain.


Sangat sesuai untuk : 
  • para atlet, 
  • mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • sebelum dan selepas pembedahan, 
  • mereka yang menghidap gout
  • ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  • tidur lewat malam, 

  • Athletes, 
  • fasting therapy, 
  • pre and post surgery, 
  • late night sleep, 
  • keletihan, 
  • penyahhidratan otot dan kulit, 
  • vagina yang kering, 
  • cirit-birit,
  • bila rasa nak demam, atau sedang demam
  • kanak-kanak yang demam
  •  tiada selera makan, 
  • rendah paras gula,
  •  kepeningan dan sebagainya.


Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah
  • dan lain-lain lagi.


Rekomendasi:
Sarapan : campurkan satu sudu besar untuk setiap PerformanceEnergizing Soy Protein dan Meal Shake

Latihan Fizikal : Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minuman satu jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.

Nota: Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas buka)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

KESAN DEHIDRASI PADA IBU HAMIL

Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahem terutama ketika awal kehamilan.

Air dalam tubuh memainkan peranan penting ketika membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kekurangan air menyebabkan organ tersebut mengalami masalah menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi kerana ketika hamil.

Dehidrasi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Namun ia selalunya pada awal kehamilan apabila usia kehamilan kurang 12 minggu (fasa trimester pertama) akibat fenomena morning sickness.

Apabila mereka mengalami muntah, banyak cecair badan yang keluar dari tubuh mereka. Ini akan menyebabkan dehidrasi. Apatah lagi wanita itu tidak mempunyai selera untuk makan dan minum sepanjang tempoh itu.

Pada fasa kehamilan trimester kedua dan ketiga pula, dehidrasi berlaku apabila wanita hamil mengalami sakit dan demam, pergerakan fizikal yang terlalu aktif, bekerja atau tinggal di dalam cuaca panas, atau tidak cukup minum air. Dehidrasi akan merangsangkan rahim untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan berasa sakit perut  seolah-olah mahu melahirkan.

“Doktor, ketika berpuasa saya sering mengalami rasa contraction di bahagian bawah abdomen. Adakah itu tanda bahaya?”

Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, kita mengalami  dehidrasi sama ada sederhana atau teruk. Dehidrasi yang sederhana boleh menyebabkan kontraksi rahim, sementara dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (amniotic fluid) menjadi kurang dalam rahim.

SHAKLEE KEMAMAN

Air tuban dalam rahem berfungsi sebagai cecair pelindung  dalam rahim untuk pembesaran fizikal bayi. Di awal kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi malah boleh menyebabkan keguguran bayi.

Di pertengahan kehamilan pula, kekurangan air tuban selalu dikaitkan dengan kelahiran pramatang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan tal ipusat di leher bayi ketika dilahirkan dan ada kalanya menyebabkan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara pembedahan cesarean.

Dalam satu kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mengalami hyperemesis dan dehidrasi yang teruk, selalunya akan melahirkan bayi yang kecil atau dilahirkan secara pramatang.
(rujuk : Dodds L, Fell DB, Joseph KS, Allen VM, Butler B. (2006). “Outcomes of pregnancies complicated by hyperemesis gravidarum.”. Obstet Gynecol. 2006 Feb;107(2 Pt 1):285-92. 107 : 285–92.)

Komplikasi akibat kekurangan air tuban ini dapat dirawat dengan memberikan air secukupnya pada wanita hamil ini.

Antara tanda dehidrasi ialah rasa haus, tetapi janganlah menunggu rasa harus barulah mahu meminum air kerana apabila kita berasa haus kemungkinan proses dehidrasi telah bermula.

Selain haus, air kencing menjadi kurang (isipadu dan kekerapan) dan warnanya menjadi pekat dan berbau hancing yang kuat. Bibir menjadi kering, sembelit, rasa sangat letih walaupun tidak melakukan kerja yang kuat, merasa mengantuk walaupun telah cukup tidur, rasa pening apabila berubah kedudukan dari posisi duduk kepada posisi berdiri.

“Doktor, mohon nasihat. Tekak saya tidak mampu menelan air kosong. Jika dipaksa minum, saya akan muntah”.

Tidak ada cara lain untuk merawat dehidrasi selain dari meminum air. Selain dari air mineral, air jus buah-buahan adalah air yang terbaik untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Namun soda, kopi dan teh tidak digalakkan kerana mereka mengandungi caffein dan bersifat diuretik. Diuretik akan menyebabkan seorang wanita rasa mudah untuk kencing dan akan menyebabkan dehidrasi bertambah teruk.

Jika tahap dehidrasi teruk kemungkinan harus dibawa ke hospital dan diberikan rawatan intravenous, iaitu memasukkan cecair melalui saluran darah venous. Rawatan ini akan merawat dehidrasi dengan segera dan pesakit akan cepat segar.

SHAKLEE KEMAMAN

Beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil. Antaranya ialah :

  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.
  • Minum sebelum rasa haus.
  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|