KUMAN DARI LUBANG DUBUR
Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila berlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.
Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.
SIMPTOM YANG DIHIDAPI
Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza.. ada yang mengadu:
- Rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
- Mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
- Air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop
- Merasa sakit dan tidak selesa dibahagian bawah perut.
- Merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
- Mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
- Sakit pinggang.
- Tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’
Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati.
"Kencing kotor" KETIKA HAMIL
~Jika tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang/ginjal.
~Mudah berlaku ketika hamim kerana wanita hamil mengalami perubahan hormon dalam badan yang memudahkan jangkitan
~Pergerakan air kencing juga terganggu apabila rahim ibu yang semakin membesar memberi tekanan pada saluran kencing. Otot pundi kencing yang lemah menyebabkan ada air kencing bertakung dan tidak keluar habis, ini menyebabkan kuman membiak di pundi kencing.
~Kandungan air kencing wanita hamil yang lebih tinggi gula dan berasid disebabkan perubahan hormon juga meninggikan potensi kencing kotor ketika hamil.
Oleh itu, setiap wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil!!
RAWATAN SUSULAN
Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital
BAGAIMANA MENCEGAH KENCING KOTOR??
Wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.
Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa bungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g, dan mempunyai perasa lemon.
Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
1. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
2. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
3. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
4. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
5. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
7. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
8. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Credit :http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/
Sekiranya bimbang dengan pengambilan ubatan kimia, anda boleh cuba SET LENGKAP KEHAMILAN SHAKLEE yang semulajadi.
BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE
DAN
DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..
|ASK ME FOR DETAILS|
No comments:
Post a Comment