Pages

Showing posts with label SET BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label SET BERSALIN. Show all posts

PERSEDIAAN BERSALIN ~ SENARAI BARANG KEPERLUAN

Assalamualaikum semua..lame nyer tak update blog..hiii..rindu nak berblog..

Memandangkan ade beberapa rakan saya yang akan bergelar ibu nanti..so entry kali ni, saya nak cerita mengenai persediaan untuk ibu-ibu yang akan melahirkan bayi..apa keperluan barang yang perlu kena sedia ek??

Bagi ibu yang pertama kali akan menghadapi detik kelahiran cahaya mata, pasti tertanya-tanya apakah barang yang perlu disediakan dalam beg hospital. Jangankan ibu beranak sulong…kalau yang kedua, ketiga dan seterusnya pun pasti perlukan senarai barang keperluan bersalin ni juga. Bukan apa, untuk elakkan ada barang keperluan penting yang tertinggal. Kalau dah siap sedia ada dalam beg, takdelah nanti kelam kabut bila dah kena tahan wad..

Mungkin senarai ni boleh membantu ibu sebagai persediaan sebelum kelahiran. Apapun, checklist ni mungkin berbeza dan anda sendiri boleh tambah atau kurangkan item mengikut keperluan.


Jom kita semak apa yang perlu dibawa:

Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital

  1. Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  2. Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  3. Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  4. Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  5. Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  6. Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti 
  7. Tudung Ekspress.
  8. Kain Batik – 1 helai
  9. Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je 
  10. Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  11. Handphone & pengecas
  12. Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  13. Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  14. Baju Sejuk - 1 Helai
  15. Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  16. Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  17. Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  18. Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  19. Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  20. Vitamin Berpantang – Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.

Seeloknya, asingkan jer beg ibu dan bayi ye. Takdelah segan nak keluarkan harta karun nanti.


Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital

Credit : pic Google

  1. Beg bayi
  2. Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  3. Baju – 3 or 4 pasang
  4. Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  5. Tuala Mandi – 1 helai
  6. Tuala kecil
  7. Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  8. Peralatan Mandian
  9. Baby Wipes/Wet tissue
  10. Selimut/Bedung
  11. Barut
  12. Topi
  13. Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.


Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan


Elakkan membawa duit yang banyak dan barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah.


Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pesanan daripada ummi saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kelam kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow Insya Allah..moga selamat semuanya

SET C - BERPANTANG DAN PEMBEDAHAN

Set Bersalin Shaklee atau Set Berpantang Shaklee memang mendapat perhatian ramai ibu diseluruh dunia.

Apabila disahkan hamil, bakal ibu atau bapa pastinya merasai keterujaan yang amat sangat!!
Pelbagai rintangan ibu hamil bermula dari Trimester 1, trimester ke-2 dan seterusnya ke-3.
Biasa orang tua-tua nasihatkan janganlah beli barang bayi dahulu sehinggalah kandungan berusia 7 bulan.Namun, menjelang bulan ke 7 kehamilan ramai dikalangan bakal ibu runsing mencari produk bersesuaian semasa berpantang nanti.

Lambakan set bersalin dan set berpantang di pasaran tentunya menyebabkan mereka mengkaji dan meneliti satu persatu keberkesanan dan kesan produk tersebut. Ini menyebabkan tekanan atau stress kepada ramai bakal ibu di luar sana.

Setiap produk harus dikaji manfaatnya kepada si ibu dan juga anak.Ada sesetengah yang sememangnya tidak boleh makan jamu semasa berpantang kerana terlalu panas. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang melahirkan melalui pembedahan atau cesarean kerana dikhuatiri ada kesan sampingan.

Atau jamu boleh menyebabkan panas dan memberi kesan kepada perkembangan bayi yang berkemungkinan boleh menyebabkan jaundice atau sakit kuning.


Tetapi itu juga mengikut kesesuaian badan seseorang.

Set bersalin shaklee terdiri daripada Vita-lea, B-complex, Vita C dan juga Zinc complex.




Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vita C,  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.


Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com