Pages

Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts

PERSEDIAAN BERSALIN ~ SENARAI BARANG KEPERLUAN

Assalamualaikum semua..lame nyer tak update blog..hiii..rindu nak berblog..

Memandangkan ade beberapa rakan saya yang akan bergelar ibu nanti..so entry kali ni, saya nak cerita mengenai persediaan untuk ibu-ibu yang akan melahirkan bayi..apa keperluan barang yang perlu kena sedia ek??

Bagi ibu yang pertama kali akan menghadapi detik kelahiran cahaya mata, pasti tertanya-tanya apakah barang yang perlu disediakan dalam beg hospital. Jangankan ibu beranak sulong…kalau yang kedua, ketiga dan seterusnya pun pasti perlukan senarai barang keperluan bersalin ni juga. Bukan apa, untuk elakkan ada barang keperluan penting yang tertinggal. Kalau dah siap sedia ada dalam beg, takdelah nanti kelam kabut bila dah kena tahan wad..

Mungkin senarai ni boleh membantu ibu sebagai persediaan sebelum kelahiran. Apapun, checklist ni mungkin berbeza dan anda sendiri boleh tambah atau kurangkan item mengikut keperluan.


Jom kita semak apa yang perlu dibawa:

Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital

  1. Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  2. Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  3. Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  4. Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  5. Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  6. Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti 
  7. Tudung Ekspress.
  8. Kain Batik – 1 helai
  9. Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je 
  10. Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  11. Handphone & pengecas
  12. Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  13. Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  14. Baju Sejuk - 1 Helai
  15. Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  16. Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  17. Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  18. Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  19. Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  20. Vitamin Berpantang – Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.

Seeloknya, asingkan jer beg ibu dan bayi ye. Takdelah segan nak keluarkan harta karun nanti.


Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital

Credit : pic Google

  1. Beg bayi
  2. Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  3. Baju – 3 or 4 pasang
  4. Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  5. Tuala Mandi – 1 helai
  6. Tuala kecil
  7. Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  8. Peralatan Mandian
  9. Baby Wipes/Wet tissue
  10. Selimut/Bedung
  11. Barut
  12. Topi
  13. Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.


Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan


Elakkan membawa duit yang banyak dan barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah.


Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pesanan daripada ummi saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. siap-siapkan barang keperluan bersalin ni lebih awal..jadi takdelah kelam kabut nanti bila tiba masanya untuk ke hospital. Terus capai je beg yang dah ready.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow Insya Allah..moga selamat semuanya

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI SELEPAS BERSALIN

SHAKLEE KEMAMAN

Sakit pada Faraj


Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.


Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

= Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.

= Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" (mencangkung) dan siram air suam semasa kencing.

= Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.

= Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.

= Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.

= Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.




Darah nifas

Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.

*Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
*Darah yang keluar berbau busuk
*Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
*Mengalami demam 38 darjah atau lebih



Sakit rengat

Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.



Susah kencing

Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.



Terkencing tanpa kawalan

Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.



Buasir

Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.



Sembelit

Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.



Sakit Buah dada

Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.
** Tips Banyakkan Susu. Klik sini



Rambut gugur

Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan. 
** Suppliment untuk masalah rambut gugur~zink complex



Perubahan warna kulit

Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.



Perubahan emosi

Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.



Perut buncit dan berangin

Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.



Pemeriksaan selepas pantang

Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru


Anda masih mencari Set Berpantang / Bersalin (Normal/Ceaser)? Klik Sini



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
NAK BELI DENGAN HARGA AHLI??

Hubungi nombor di bawah & Konsultasi percuma akan diberikan sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

SET CONFINEMENT (IBU BERPANTANG)

Set ini sesuai untuk ibu yang tidak suka mkn jamu....dan risau baby cirit birit....Jika baby JAUNDICE (baby Kuning) tiada masalah terus mengambil set ini, tidak seperti jamu. 

Set ini untuk kegunaan sehingga 4 bulan dan terdiri daripada:


SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU



Set Confinement / Berpantang

1. Vitalea Multivitamin 120bj = RM88.75

2. B Complex 120bj = RM53.75

3. Vitamin C Sustained Release 500mg 180bj = RM92.50
atau
Vitamin C Chewable 100mg 90bj = RM37.50

4. Zinc 120bj =RM33.75




Set C Extra

1. Vitalea Multivitamin 120bj = RM88.75

2. B Complex 120bj = RM53.75

3. Vitamin C Sustained Release 500mg 180bj = RM92.50
atau
Vitamin C Chewable 100mg 90bj = RM37.50

4. Zinc 120bj =RM33.75

+5. Ostematrix 120bj = RM61.00




SENARAI HARGA yang dipaparkan ialah HARGA RUNCIT. 


PRODUK SHAKLEE boleh dibeli secara online,
sekiranya anda mendaftar KEAHLIAN SHAKLEE.



Nak beli PRODUK SHAKLEE MURAH dengan harga 
ISTIMEWA/HARGA AHLI??
Hubungi admin di nombor yang tertera pada gambar dibawah.



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

SET C - BERPANTANG DAN PEMBEDAHAN

Set Bersalin Shaklee atau Set Berpantang Shaklee memang mendapat perhatian ramai ibu diseluruh dunia.

Apabila disahkan hamil, bakal ibu atau bapa pastinya merasai keterujaan yang amat sangat!!
Pelbagai rintangan ibu hamil bermula dari Trimester 1, trimester ke-2 dan seterusnya ke-3.
Biasa orang tua-tua nasihatkan janganlah beli barang bayi dahulu sehinggalah kandungan berusia 7 bulan.Namun, menjelang bulan ke 7 kehamilan ramai dikalangan bakal ibu runsing mencari produk bersesuaian semasa berpantang nanti.

Lambakan set bersalin dan set berpantang di pasaran tentunya menyebabkan mereka mengkaji dan meneliti satu persatu keberkesanan dan kesan produk tersebut. Ini menyebabkan tekanan atau stress kepada ramai bakal ibu di luar sana.

Setiap produk harus dikaji manfaatnya kepada si ibu dan juga anak.Ada sesetengah yang sememangnya tidak boleh makan jamu semasa berpantang kerana terlalu panas. Lebih-lebih lagi kepada ibu yang melahirkan melalui pembedahan atau cesarean kerana dikhuatiri ada kesan sampingan.

Atau jamu boleh menyebabkan panas dan memberi kesan kepada perkembangan bayi yang berkemungkinan boleh menyebabkan jaundice atau sakit kuning.


Tetapi itu juga mengikut kesesuaian badan seseorang.

Set bersalin shaklee terdiri daripada Vita-lea, B-complex, Vita C dan juga Zinc complex.




Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vita C,  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.


Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com