Pages

Showing posts with label IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label IBU HAMIL. Show all posts

KENCING KOTOR


"Kencing kotor"  adalah jangkitan kuman di saluran kencing yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra ( yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh). Kalau ke klinik doktor akan tulis  atau Urinary Tract Infection (UTI) pada laporan diagnosis.






KUMAN DARI LUBANG DUBUR

Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila berlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.



SIMPTOM YANG DIHIDAPI

Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza.. ada yang mengadu:

  • Rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
  • Mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
  • Air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop
  • Merasa sakit dan tidak selesa dibahagian bawah perut.
  • Merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
  • Mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
  • Sakit pinggang.
  • Tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’

Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. 





"Kencing kotor" KETIKA HAMIL

~Jika tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan buah pinggang/ginjal.

~Mudah berlaku ketika hamim kerana wanita hamil mengalami perubahan hormon dalam badan yang memudahkan jangkitan

~Kencing kotor ketika hamil berlaku apabila paras hormon wanita hamil menjadi tinggi dan melemahkan otot saluran kencing. Ini menyebabkan ia tidak mengecut dengan sepatutnya dan menganggu pengaliran air kencing. 

~Pergerakan air kencing juga terganggu apabila rahim ibu yang semakin membesar memberi tekanan pada saluran kencing. Otot pundi kencing yang lemah menyebabkan ada air kencing bertakung dan tidak keluar habis, ini menyebabkan kuman membiak di pundi kencing.

~Kandungan air kencing wanita hamil yang lebih tinggi gula dan berasid disebabkan perubahan hormon juga meninggikan potensi kencing kotor ketika hamil.



Oleh itu, setiap wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil!!



RAWATAN SUSULAN

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital



BAGAIMANA MENCEGAH KENCING KOTOR??

Wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.

Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa bungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g, dan mempunyai perasa lemon.

Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.

Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.

1. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

2. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

3. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

4. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.

5. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.

7. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.

8. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.

Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.


Credit :http://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/

Sekiranya bimbang dengan pengambilan  ubatan kimia, anda boleh cuba SET LENGKAP KEHAMILAN SHAKLEE yang semulajadi.


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

KESAN DEHIDRASI PADA IBU HAMIL

Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahem terutama ketika awal kehamilan.

Air dalam tubuh memainkan peranan penting ketika membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kekurangan air menyebabkan organ tersebut mengalami masalah menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi kerana ketika hamil.

Dehidrasi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Namun ia selalunya pada awal kehamilan apabila usia kehamilan kurang 12 minggu (fasa trimester pertama) akibat fenomena morning sickness.

Apabila mereka mengalami muntah, banyak cecair badan yang keluar dari tubuh mereka. Ini akan menyebabkan dehidrasi. Apatah lagi wanita itu tidak mempunyai selera untuk makan dan minum sepanjang tempoh itu.

Pada fasa kehamilan trimester kedua dan ketiga pula, dehidrasi berlaku apabila wanita hamil mengalami sakit dan demam, pergerakan fizikal yang terlalu aktif, bekerja atau tinggal di dalam cuaca panas, atau tidak cukup minum air. Dehidrasi akan merangsangkan rahim untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan berasa sakit perut  seolah-olah mahu melahirkan.

“Doktor, ketika berpuasa saya sering mengalami rasa contraction di bahagian bawah abdomen. Adakah itu tanda bahaya?”

Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, kita mengalami  dehidrasi sama ada sederhana atau teruk. Dehidrasi yang sederhana boleh menyebabkan kontraksi rahim, sementara dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (amniotic fluid) menjadi kurang dalam rahim.

SHAKLEE KEMAMAN

Air tuban dalam rahem berfungsi sebagai cecair pelindung  dalam rahim untuk pembesaran fizikal bayi. Di awal kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi malah boleh menyebabkan keguguran bayi.

Di pertengahan kehamilan pula, kekurangan air tuban selalu dikaitkan dengan kelahiran pramatang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan tal ipusat di leher bayi ketika dilahirkan dan ada kalanya menyebabkan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara pembedahan cesarean.

Dalam satu kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mengalami hyperemesis dan dehidrasi yang teruk, selalunya akan melahirkan bayi yang kecil atau dilahirkan secara pramatang.
(rujuk : Dodds L, Fell DB, Joseph KS, Allen VM, Butler B. (2006). “Outcomes of pregnancies complicated by hyperemesis gravidarum.”. Obstet Gynecol. 2006 Feb;107(2 Pt 1):285-92. 107 : 285–92.)

Komplikasi akibat kekurangan air tuban ini dapat dirawat dengan memberikan air secukupnya pada wanita hamil ini.

Antara tanda dehidrasi ialah rasa haus, tetapi janganlah menunggu rasa harus barulah mahu meminum air kerana apabila kita berasa haus kemungkinan proses dehidrasi telah bermula.

Selain haus, air kencing menjadi kurang (isipadu dan kekerapan) dan warnanya menjadi pekat dan berbau hancing yang kuat. Bibir menjadi kering, sembelit, rasa sangat letih walaupun tidak melakukan kerja yang kuat, merasa mengantuk walaupun telah cukup tidur, rasa pening apabila berubah kedudukan dari posisi duduk kepada posisi berdiri.

“Doktor, mohon nasihat. Tekak saya tidak mampu menelan air kosong. Jika dipaksa minum, saya akan muntah”.

Tidak ada cara lain untuk merawat dehidrasi selain dari meminum air. Selain dari air mineral, air jus buah-buahan adalah air yang terbaik untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Namun soda, kopi dan teh tidak digalakkan kerana mereka mengandungi caffein dan bersifat diuretik. Diuretik akan menyebabkan seorang wanita rasa mudah untuk kencing dan akan menyebabkan dehidrasi bertambah teruk.

Jika tahap dehidrasi teruk kemungkinan harus dibawa ke hospital dan diberikan rawatan intravenous, iaitu memasukkan cecair melalui saluran darah venous. Rawatan ini akan merawat dehidrasi dengan segera dan pesakit akan cepat segar.

SHAKLEE KEMAMAN

Beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil. Antaranya ialah :

  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.
  • Minum sebelum rasa haus.
  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

KESAN DEHIDRASI PADA TUBUH




ANDA mungkin pernah mendengar amalan meminum segelas air kosong sebaik saja bangun dari tidur antara resipi untuk kekal awet muda.

Sejauh manakah kebenarannya tabiat meminum segelas air kosong mampu mengekal keremajaan seseorang atau seseorang itu lambat dimamah usia?
Kita mungkin tertanya-tanya apakah khasiat yang tersembunyi dan dimiliki oleh segelas air kosong.
                                  SHAKLEE KEMAMAN
Tentunya tidak lain dan tidak bukan ialah tubuh memerlukan air untuk mengkumuhkan bahan-bahan toksik yang terdapat dalam tubuh.

Apabila air yang diperlukan mencukupi keperluan tubuh memproses bahan kumuh ini, ia akan dapat disalirkan dengan baik.

Secara tidak langsung, apabila tubuh bebas daripada bahan-bahan toksik sekali gus ia dapat berfungsi dengan baik.

Ketua Penasihat Perubatan Pharmvision Ventures, Dr. Amran Ahmad berkata, tubuh memerlukan kurang-kurangnya antara enam hingga tujuh gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
``Pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah penting kerana organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna,'' katanya.

Peralihan monsun timur laut terutama di Semenanjung Malaysia menyebabkan cuaca berubah menjadi panas dan kering sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, dengan keadaan cuaca yang begitu panas ini yang disertai dengan pelbagai aktiviti luar boleh menimbulkan kesan pada kesihatan.

Dr. Amran memberitahu, cuaca panas yang keterlaluan ini boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi sekiranya seseorang kurang meminum banyak air.

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.
Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar.
Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.

Beliau menambah, tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan asas sistem pertahanan tubuh bermula dari usus.
``Sistem pertahanan tubuh boleh terjejas sekiranya usus menghadapi pelbagai masalah,'' katanya.

Justeru, untuk memastikan sama ada usus kita benar-benar sihat, ia boleh diukur daripada tabiat membuang air besar.
Mereka yang menghadapi masalah sembelit kemungkinan tergolong dalam kumpulan yang kurang mengambil air sejajar dengan keperluan tubuh.

Tambah Dr. Amran, bagi mengatasi masalah seumpama ini selain perlu minum banyak air mereka juga perlu mengambil serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

``Tabiat meminum banyak air dan amalan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan usus di samping mengumuhkan bahan-bahan toksin yang tersimpan dalam usus,'' katanya.

Antara gejala yang dapat dilihat jika seseorang menghadapi masalah usus ialah:
a. Tubuh rasa lemah
b. Tidak bersemangat
c. Mudah mengalami alahan
d. Sistem pertahanan tubuh lemah



PUNDA DEHIDRASI

  • Cirit birit
  • Muntah-muntah
  • Demam
  • Diabetes
  • Ubat-ubat diuretik
  • Kencing tawar
  • Kepanasan yang keterlaluan

Ia merupakan satu keadaan di mana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukkannya semula.

Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menyebabkan individu terbabit koma atau meninggal dunia.
Sehubungan itu, ia perlu dirawat dalam jangka masa 24 jam.

Dehidrasi yang teruk dikalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada bayi dalam rahim terutama ketika awal kehamilan. (sumber Dr. Zubaidi)


Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:

a. Tubuh terlalu lemah
b. Pening kepala
c. Rasa hendak muntah
d. Pucat
e. Tangan dan kaki menjadi sejuk


SHAKLEE KEMAMAN



JENIS - JENIS DEHIDRASI


Dehidrasi yang sedikit. 
Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.

SHAKLEE KEMAMAN


Dehidrasi sederhana
Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.
Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.

Dehidrasi yang serius.
Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana. Bagaimanapun, gejala-gejala yang dialami memerlukan rawatan segera seperti:
a. Denyutan nadi menjadi lemah
b. Mengalami renjatan
c. Pernafasan menjadi laju
d. Keletihan yang amat sangat
e. Kekeliruan

Dalam keadaan begini, individu terbabit terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital segera untuk diberi melalui intravena.

Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.



RAWATAN
 Individu yang dikenal pasti mengalami masalah ini memerlukan rawatan  segera dengan melakukan langkah-langkah seperti:


  • Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk
  • Letakkan pesakit dalam keadaan berbaring
  • Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai agak ketat supaya ada aliran udara
  • Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk
  • Berikan individu tersebut air garam galian. Jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu dimasukkan melalui intravena.



PENCEGAHAN


  • Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama
  • Minum air kosong yang banyak
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas
  • Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau menggunakan payung
  • Elakkan minum minuman keras
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah
  • Sekiranya ingin memandu, jangan terus masuk ke dalam kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

RILEKS BRADER..BRADER RILEK..KURANGKAN STRESS!!

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.


SHAKLEE KEMAMAN




















Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres??

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
     Vitamin B1~ 
     mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

      Vitamin B2~
     mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

       Vitamin B3~
     mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

☆       Vitamin B5~
mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

       Vitamin B6~
     penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

       Vitamin B12~
     meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

       Biotin~
     membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

       Asid Folik~
     kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ??


1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat PerlecheB Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.


Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?


1) Keletihan.


2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
  

3) Lemah Ingatan


4) Sakit Lidah


5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat


6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  


7) Masalah Kulit (Skin Lesions)



8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 

   

9) Jantung Membesar



Moral of the story, B COMPLEX adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|