Sejauh manakah kebenarannya tabiat meminum segelas air kosong mampu mengekal keremajaan seseorang atau seseorang itu lambat dimamah usia?
Kita mungkin tertanya-tanya apakah khasiat yang tersembunyi dan dimiliki oleh segelas air kosong.
Tentunya tidak lain dan tidak bukan ialah tubuh memerlukan air untuk mengkumuhkan bahan-bahan toksik yang terdapat dalam tubuh.
Apabila air yang diperlukan mencukupi keperluan tubuh memproses bahan kumuh ini, ia akan dapat disalirkan dengan baik.
Secara tidak langsung, apabila tubuh bebas daripada bahan-bahan toksik sekali gus ia dapat berfungsi dengan baik.
Ketua Penasihat Perubatan Pharmvision Ventures, Dr. Amran Ahmad berkata, tubuh memerlukan kurang-kurangnya antara enam hingga tujuh gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
``Pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah penting kerana organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna,'' katanya.
Peralihan monsun timur laut terutama di Semenanjung Malaysia menyebabkan cuaca berubah menjadi panas dan kering sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, dengan keadaan cuaca yang begitu panas ini yang disertai dengan pelbagai aktiviti luar boleh menimbulkan kesan pada kesihatan.
Dr. Amran memberitahu, cuaca panas yang keterlaluan ini boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi sekiranya seseorang kurang meminum banyak air.
Dehidrasi berlaku apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.
Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar.
Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.
Beliau menambah, tidak ramai yang menyedari bahawa kekuatan asas sistem pertahanan tubuh bermula dari usus.
``Sistem pertahanan tubuh boleh terjejas sekiranya usus menghadapi pelbagai masalah,'' katanya.
Justeru, untuk memastikan sama ada usus kita benar-benar sihat, ia boleh diukur daripada tabiat membuang air besar.
Mereka yang menghadapi masalah sembelit kemungkinan tergolong dalam kumpulan yang kurang mengambil air sejajar dengan keperluan tubuh.
Tambah Dr. Amran, bagi mengatasi masalah seumpama ini selain perlu minum banyak air mereka juga perlu mengambil serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
``Tabiat meminum banyak air dan amalan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan usus di samping mengumuhkan bahan-bahan toksin yang tersimpan dalam usus,'' katanya.
Antara gejala yang dapat dilihat jika seseorang menghadapi masalah usus ialah:
a. Tubuh rasa lemah
b. Tidak bersemangat
c. Mudah mengalami alahan
d. Sistem pertahanan tubuh lemah
PUNDA DEHIDRASI
- Cirit birit
- Muntah-muntah
- Demam
- Diabetes
- Ubat-ubat diuretik
- Kencing tawar
- Kepanasan yang keterlaluan
Ia merupakan satu keadaan di mana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukkannya semula.
Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menyebabkan individu terbabit koma atau meninggal dunia.
Sehubungan itu, ia perlu dirawat dalam jangka masa 24 jam.
Dehidrasi yang teruk dikalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada bayi dalam rahim terutama ketika awal kehamilan. (sumber Dr. Zubaidi)
Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:
a. Tubuh terlalu lemah
b. Pening kepala
c. Rasa hendak muntah
d. Pucat
e. Tangan dan kaki menjadi sejuk
JENIS - JENIS DEHIDRASI
Dehidrasi yang sedikit.
Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.
Dehidrasi sederhana.
Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.
Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.
Dehidrasi yang serius.
Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana. Bagaimanapun, gejala-gejala yang dialami memerlukan rawatan segera seperti:
a. Denyutan nadi menjadi lemah
b. Mengalami renjatan
c. Pernafasan menjadi laju
d. Keletihan yang amat sangat
e. Kekeliruan
Dalam keadaan begini, individu terbabit terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital segera untuk diberi melalui intravena.
Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.
RAWATAN
Individu yang dikenal pasti mengalami masalah ini memerlukan rawatan segera dengan melakukan langkah-langkah seperti:
- Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk
- Letakkan pesakit dalam keadaan berbaring
- Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai agak ketat supaya ada aliran udara
- Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk
- Berikan individu tersebut air garam galian. Jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu dimasukkan melalui intravena.
PENCEGAHAN
- Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama
- Minum air kosong yang banyak
- Elakkan memakai pakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas
- Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau menggunakan payung
- Elakkan minum minuman keras
- Kurangkan aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah
- Sekiranya ingin memandu, jangan terus masuk ke dalam kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE
DAN
DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..
|ASK ME FOR DETAILS|
No comments:
Post a Comment