Pages

CARA MINUM AIR YANG EFEKTIF

Hai korang..tau tak setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter..?

Contoh :
Berat saya sekarang 50 kg (*bukan berat sebenar ye..hehe)
Jadi kuantiti air kosong yang saya perlu minum :        

(50kg / 25 kg) X 1 liter = 2 liter



Bagaimana nak pastikan sehari kita mnum 2-3 liter air.. sebab ramai yg malas minum sbb tak larat nak ke toilet...taknak perut kembung..etc...takk laratttt wooo…. 


Rahsianya.. jeng..jeng..jeng


Minum sedikit2 tetapi kerap….contoh yg paling simple yang korang boleh buat :

~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)

Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire ok.


Info lain yang yang boleh dijadikan panduan..jom kita lihat


Minum air  juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :
SHAKLEE KEMAMAN


· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein.



· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.



· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

No comments:

Post a Comment