Pages

TIPS TAMBAH SUSU SEMASA BERPANTANG

SHAKLEE KEMAMAN

Waktu dalam pantang adalah hari -hari mencabar buat ibu muda. Susu badan tidak memancut- mancut. Bayi pula kerap menangis. Kalau tak kuat semangat, ibu akan suakan susu formula kepada bayi.



Hakikat yang ibu perlu tahu, susu yang terhasil semasa pantang adalah kolostrum, memang dalam kuantiti sedikit. Ianya kerana saiz perut bayi sangat kecil- hanya sebesar guli. Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Mungkin bayi sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia di luar perut.

Kali ini saya kongsikan 5 tips tambah susu badan semasa berpantang. Moga bermanfaat buat semua :

1. Direct feeding sekerap mungkin
Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. 
Walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup. Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara. 


2. Pastikan jadual pam yang teratur.
Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.  


3. Think Positive
Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

Jika anak mengamuk sebab tak puas hisap di kedua belah payudara.. tenangkan hati,rilex... Ingat, perut anak hanya sebesar guli. Cuba tukarkan posisi menyusu- mungkin anak tak suka posisi tersebut, cuba cek mungkin anda salah makan- anak menangis bukan sebab lapar je, kadang sebab angin, sakit perut sebab makanan yang kita makan, etc.

Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.


4. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.
Jika ada anak yang berumur setahun lebih atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu. Anak yang dah besar ni tak heran sangat kalau susu sikit, sebab dia dah mula solid. Dan dia lebih expert menghisap untuk pastikan susu keluar.

Jika tiada toddler, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi.

Minimum perah 20 minit untuk setiap payudara.

Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.


5. Minum air sekurangnya 3 liter sehari
Minum berjag-jag air..hehe. Kata pun menyusukan anak kan. Anak nak menyusu, mesti lah banyak liquid keluar dari tubuh. Lagipun, salah satu komponen utama susu ibu adalah air.


6. Pastikan anda tidak skip meal.
Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang. Makanan yang tinggi kandungan protein pula membantu susu menjadi bertambah pekat.

Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.


7. Berdoa dan bertawakal padaNya. 
Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

 
Makanan tambahan ni bahasa english nya supplement-untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. Ia turut merangkumi makanan seperti kurma,longan, lobak putih, etc. Kira kurma tu adalah supplement juga ya. 

Salah satu suppliment terbaik dan mendapat permintaan ramai  ibu menyusu adalah supplement Shaklee. (SET B - IBU MENYUSU , SET E - SET PENYUSUAN OPTIMUM , PENYUSUAN SUSU IBU ~ Set Triple M )

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Happy Breastfeeding!

Jika anda berminat untuk mendapatkan Supplement Penyusuan  Shaklee, boleh hubungi saya melalui nombor dibawah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

No comments:

Post a Comment