Pages

Showing posts with label PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts

SUSU MAKIN SIKIT..KAEDAH BANYAKKAN SEMULA SUSU IBU

Assalamualaikum semua..

Pagi tadi saya ditanya oleh seorang customer tentang susu makin kurang, dan beliau bercadang nak menjayakan misi penyusuan 2 tahun untuk anak tersayang..




Sebelum kita mencari jawapan untuk memperbanyakan semula susu kita. Kira cari dulu punca - punca yang menyebabkan susu kita kurang. Kenapa dan bagaimana susu kita boleh jadi kurang?

Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :
- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula menigkat usia (hampir 2 tahun)


Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?


1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat,
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat


2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.


4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar.


5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar.Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.


6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.



Semoga membantu ibu-ibu dan semoga misi penyusuan ibu -ibu berjaya!!
Amin..


Nak beli PRODUK SHAKLEE MURAH dengan harga 
ISTIMEWA/HARGA AHLI??
Hubungi admin di nombor yang tertera pada gambar dibawah.



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

RAMADHAN DAN PENYUSUAN IBU ~ PETUA

SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU


Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati.Menyusukan baby ketika berpuasa di bulan Ramadan merupakan cabaran dan ujian besar kepada golongan ibu. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa.

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara- perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu- ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains.

Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa, jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit.

Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian- kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.

Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulan puasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah.



PERKONGSIAN PETUA ~


1) Masa nak makan nasi ketika sahur tu.. gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Gumpalan pertama, bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Ulang seperti langkah pertama, ambil gumpalan kedua plak dan bacakan surah al-Ikhlas sekali kemudian makan gumpalan nasi tersebut. Begitu juga untuk yang seterusnya. (Masa sebelum makan gumpalan nasi ni..niatkanlah dihati mohon kepada Allah beri kita kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak). Bila dah habis 3 gumpalan nasi tu..bleh la makan macam biasa.


2) Lepas makan sahur, makan buah kurma sebanyak 7 biji. Setiap sebiji yang nak dimakan..dibacakan selawat ke atas nabi sebanyak 1 kali. Baca selawat 1 kali, makan sebiji. Pastu, baca selawat 1 kali lagi makan sebiji lagi. Buat perkara yang sama sampai habis ketujuh-tujuh biji kurma tersebut. So, 7 biji kurma yang dimakan..7 kali la baca selawat. (Sebelum makan kurma tu..niatkanlah dihati mohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak serta dikurniakan susu yang banyak).


Selain daripada petua di atas, ibu-ibu disarankan supaya menitikberatkan perkara ni:


1) Jangan tinggal sahur! Sabda Rasulullah s.a.w, Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu mengandungi keberkatan. (Hadith riwayat Al-Imam Bukhary dan Muslim)
2) Cuba minum air yang secukupnya samada pada waktu berbuka mahupun ketika bersahur.
3) Mohonlah kepada Allah agar susu tetap cukup untuk bayi dan kita tetap berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ni, menyusu dan berpuasa..


Diingatkan juga :


- Puasa sebenarnya tidak akan mengganggu penghasilan susu ibu jika ibu masih meneruskan rutin penyusuan dan pemerahan susu ibu.


- Antara punca kurang susu boleh dikaitkan berlakunya dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda2 dehidrasi adalah seperi tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening2 dan rasa haus yang teruk. Namun begitu, dehidrasi ini tidak akan berlaku dan sangat jarang berlaku jika ibu menitikberatkan amalan bersahur dan mengambil makanan yang seimbang sewaktu berbuka mahupun bersahur.


- Konsep penyusuan susu ibu adalah supply & demand (Penawaran & permintaan). Lagi banyak permintaan..lagi banyakla penawaran (susu ibu terhasil). Inilah satu-satunya cara fisiologi yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Oleh itu, penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan sebanyak 8 hingga 12 kali penyusuan dalam sehari walaupun ibu melakukan ibadah puasa. Bagi kebanyakan kes kurangnya penghasilan susu ialah kerana kurangnya rangsangan pada payudara ibu semasa dalam tempoh berpuasa, ibu kurang yakin yang susu badannya ada ataupun ibu percaya susu badannya hanya terhasil sedikit sahaja semasa beliau berpuasa.

credit : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com; http://www.ikim.gov.my/

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu ye!
BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

SUSU IBU - PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

Air susu ibu yang banyak pastilah menjadi keinginan semua ibu yang punyai bayi. Ibu manalah yang tak risau jika susu badan seakan-akan tak keluar.



DOA UNTUK PERBANYAK SUSU IBU


SHAKLEE KEMAMAN


Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.


Cara-cara mengamalnya:

Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”



~ Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
~ Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun

Macam-macam cara nak banyakkan air susu ibu nie, ada yang traditional, moden, ubat farmasi, supplimen, juga cara yang 100% asli dan semulajadi.


PETUA NENEK MOYANG DOLU-DOLU..


1001 tumbuhan Allah ciptakan untuk banyakkan susu ibu, yang penting ibu sanggup berusaha dan tak mengalah begitu je. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.
SHAKLEE KEMAMAN


Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.


Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.


Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.


Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat atau

Kisarkan dan minum airnya. Atau,  sayur lemak dan makan dengan nasi panas.


Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi. atau 
Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.


Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.


Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.


Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.


Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian. 
Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.


Daun bunga melur dan daun pucuk manis
Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. dan jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.


Kacang tanah
Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.


Longan kering
Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.


Daun Sirih
Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.


Susu
Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.


Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.

Boleh baca lebih lagi tentang makanan yang menambahkan susu ibu di sini.


Tak semua tumbuhan ini rasi dengan badan semua ibu, 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka janganlah berharap air susu memancut-mancut keluar.


Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat jika 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.


Dan jika ibu-ibu rasa leceh dengan cara banyakkan susu di atas nie, boleh cuba sesuatu yang semulajadi dan mudah. Hanya hubungi saya untuk tahu apakah cara yang mudah untuk banyakkan air susu ibu dan tetap semulajadi.



SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

TIPS TAMBAH SUSU SEMASA BERPANTANG

SHAKLEE KEMAMAN

Waktu dalam pantang adalah hari -hari mencabar buat ibu muda. Susu badan tidak memancut- mancut. Bayi pula kerap menangis. Kalau tak kuat semangat, ibu akan suakan susu formula kepada bayi.



Hakikat yang ibu perlu tahu, susu yang terhasil semasa pantang adalah kolostrum, memang dalam kuantiti sedikit. Ianya kerana saiz perut bayi sangat kecil- hanya sebesar guli. Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Mungkin bayi sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia di luar perut.

Kali ini saya kongsikan 5 tips tambah susu badan semasa berpantang. Moga bermanfaat buat semua :

1. Direct feeding sekerap mungkin
Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. 
Walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup. Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara. 


2. Pastikan jadual pam yang teratur.
Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.  


3. Think Positive
Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

Jika anak mengamuk sebab tak puas hisap di kedua belah payudara.. tenangkan hati,rilex... Ingat, perut anak hanya sebesar guli. Cuba tukarkan posisi menyusu- mungkin anak tak suka posisi tersebut, cuba cek mungkin anda salah makan- anak menangis bukan sebab lapar je, kadang sebab angin, sakit perut sebab makanan yang kita makan, etc.

Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.


4. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.
Jika ada anak yang berumur setahun lebih atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu. Anak yang dah besar ni tak heran sangat kalau susu sikit, sebab dia dah mula solid. Dan dia lebih expert menghisap untuk pastikan susu keluar.

Jika tiada toddler, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi.

Minimum perah 20 minit untuk setiap payudara.

Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.


5. Minum air sekurangnya 3 liter sehari
Minum berjag-jag air..hehe. Kata pun menyusukan anak kan. Anak nak menyusu, mesti lah banyak liquid keluar dari tubuh. Lagipun, salah satu komponen utama susu ibu adalah air.


6. Pastikan anda tidak skip meal.
Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang. Makanan yang tinggi kandungan protein pula membantu susu menjadi bertambah pekat.

Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.


7. Berdoa dan bertawakal padaNya. 
Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

 
Makanan tambahan ni bahasa english nya supplement-untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. Ia turut merangkumi makanan seperti kurma,longan, lobak putih, etc. Kira kurma tu adalah supplement juga ya. 

Salah satu suppliment terbaik dan mendapat permintaan ramai  ibu menyusu adalah supplement Shaklee. (SET B - IBU MENYUSU , SET E - SET PENYUSUAN OPTIMUM , PENYUSUAN SUSU IBU ~ Set Triple M )

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Happy Breastfeeding!

Jika anda berminat untuk mendapatkan Supplement Penyusuan  Shaklee, boleh hubungi saya melalui nombor dibawah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

SUSU KURANG DI BULAN PUASA~ TIPS PENYUSUAN

Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan diinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!

Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?


So, macam mane cara nak kekalkan penyusuan maintain berganda di bulan puasa??

18 Tip Penyusuan Susu Ibu Di bulan Ramadhan
=====================================

1. Penting mengambil makanan yg cukup & seimbang samada pada waktu sahur @ berbuka.
2. Banyakkan minum soya & susu
3. Bersahur pada lewat waktu
4. Lebih kerap mengepam & menyusui bayi
5. Sediakan stock lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa
6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur
7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan)
8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.
9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba
10. Sepanjang malam ketika boleh makan - susukan bayi sebanyak mungkin kerana ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari
11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa
12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi susu anda
13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dlm hati untuk kekalkan penghasilan susu
14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)
15. Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda
16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan



SHAKLEE KEMAMAN


17. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah taala
18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air
 kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa.

SHAKLEE KEMAMAN


Berminat dengan set penyusuan berganda??



SHAKLEE KEMAMAN





































BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??


Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

PENYUSUAN SUSU IBU ~ SET TRIPLE M

Set Triple M (Set Penyusuan B, Lengkap dengan Kalsium dan ESP) 


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation.
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktosa.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??


Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com





SET E - SET PENYUSUAN OPTIMUM

Bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan MISI PENYUSUAN SUSU IBU..MESTI CUBA!!



Set ini terdiri daripada:



i- VITAMIN B-COMPLEX
Penting bagi urat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?



ii- VITAMIN-C

Meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam.



iii- VITA-LEA

Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi yang sememangnye diperlukan dalam penyusuan.


iv- ALFALFA COMPLEX

1001 khasiat, antaranya sebagai penggalak susu (milk booster) dan membantu memekatkan susu ibu.


v- OSTEMATRIX 

Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain yg sangat penting utk penyusuan dan mengelakkan osteoporosis. OsteMatrix juga berfungsi sebagai milk booster.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com