Pages

KESAN DEHIDRASI PADA IBU HAMIL

Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahem terutama ketika awal kehamilan.

Air dalam tubuh memainkan peranan penting ketika membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kekurangan air menyebabkan organ tersebut mengalami masalah menjalankan fungsinya. Oleh itu wanita hamil harus mengelakkan diri dari dehidrasi kerana ketika hamil.

Dehidrasi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan. Namun ia selalunya pada awal kehamilan apabila usia kehamilan kurang 12 minggu (fasa trimester pertama) akibat fenomena morning sickness.

Apabila mereka mengalami muntah, banyak cecair badan yang keluar dari tubuh mereka. Ini akan menyebabkan dehidrasi. Apatah lagi wanita itu tidak mempunyai selera untuk makan dan minum sepanjang tempoh itu.

Pada fasa kehamilan trimester kedua dan ketiga pula, dehidrasi berlaku apabila wanita hamil mengalami sakit dan demam, pergerakan fizikal yang terlalu aktif, bekerja atau tinggal di dalam cuaca panas, atau tidak cukup minum air. Dehidrasi akan merangsangkan rahim untuk mengalami kontraksi dan wanita hamil akan berasa sakit perut  seolah-olah mahu melahirkan.

“Doktor, ketika berpuasa saya sering mengalami rasa contraction di bahagian bawah abdomen. Adakah itu tanda bahaya?”

Memang tidak dinafikan apabila kita berpuasa, kita mengalami  dehidrasi sama ada sederhana atau teruk. Dehidrasi yang sederhana boleh menyebabkan kontraksi rahim, sementara dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan air tuban (amniotic fluid) menjadi kurang dalam rahim.

SHAKLEE KEMAMAN

Air tuban dalam rahem berfungsi sebagai cecair pelindung  dalam rahim untuk pembesaran fizikal bayi. Di awal kehamilan, kekurangan air tuban boleh menyebabkan kecacatan fizikal pada bayi malah boleh menyebabkan keguguran bayi.

Di pertengahan kehamilan pula, kekurangan air tuban selalu dikaitkan dengan kelahiran pramatang, pertumbuhan fizikal bayi yang kecil, komplikasi belitan tal ipusat di leher bayi ketika dilahirkan dan ada kalanya menyebabkan proses kelahiran terpaksa dilakukan secara pembedahan cesarean.

Dalam satu kajian yang dilakukan menunjukkan wanita yang mengalami hyperemesis dan dehidrasi yang teruk, selalunya akan melahirkan bayi yang kecil atau dilahirkan secara pramatang.
(rujuk : Dodds L, Fell DB, Joseph KS, Allen VM, Butler B. (2006). “Outcomes of pregnancies complicated by hyperemesis gravidarum.”. Obstet Gynecol. 2006 Feb;107(2 Pt 1):285-92. 107 : 285–92.)

Komplikasi akibat kekurangan air tuban ini dapat dirawat dengan memberikan air secukupnya pada wanita hamil ini.

Antara tanda dehidrasi ialah rasa haus, tetapi janganlah menunggu rasa harus barulah mahu meminum air kerana apabila kita berasa haus kemungkinan proses dehidrasi telah bermula.

Selain haus, air kencing menjadi kurang (isipadu dan kekerapan) dan warnanya menjadi pekat dan berbau hancing yang kuat. Bibir menjadi kering, sembelit, rasa sangat letih walaupun tidak melakukan kerja yang kuat, merasa mengantuk walaupun telah cukup tidur, rasa pening apabila berubah kedudukan dari posisi duduk kepada posisi berdiri.

“Doktor, mohon nasihat. Tekak saya tidak mampu menelan air kosong. Jika dipaksa minum, saya akan muntah”.

Tidak ada cara lain untuk merawat dehidrasi selain dari meminum air. Selain dari air mineral, air jus buah-buahan adalah air yang terbaik untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Namun soda, kopi dan teh tidak digalakkan kerana mereka mengandungi caffein dan bersifat diuretik. Diuretik akan menyebabkan seorang wanita rasa mudah untuk kencing dan akan menyebabkan dehidrasi bertambah teruk.

Jika tahap dehidrasi teruk kemungkinan harus dibawa ke hospital dan diberikan rawatan intravenous, iaitu memasukkan cecair melalui saluran darah venous. Rawatan ini akan merawat dehidrasi dengan segera dan pesakit akan cepat segar.

SHAKLEE KEMAMAN

Beberapa langkah mencegah dehidrasi pada wanita hamil. Antaranya ialah :

  • Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi.
  • Minum sebelum rasa haus.
  • Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

No comments:

Post a Comment