Pages

PETUA NAK HILANGKAN PARUT!!


Assalamualaikum pembaca yang gojes!!

Malam ni timbul idea nak share ngan korang pasal tips nak hilangkan parut..tak kira la parut luka/kudis/jerawat/ape saje..


SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Masa bujang trang tang tang dolu-dolu..zaman remaja..time tengah rajin dan banyak masa free untuk diri sendiri kan..ade la try beberapa petua kecantikan kulit yang diexplore..sekarang saya nak kongsikan petua2 tu kat sini lak untuk korang yang rajin dan memang mementingkan kecantikan..

Jom lihat...

Petua 1 (Asam Jawa):

  • Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika diamalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

  • Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


Petua 2 (Kulit Kayu Manis):
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.


Petua 3 (Pisang):
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas atau pisang emas. 
 Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.


Petua 4 (Ubat Gigi) :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.


Petua 5 (Beras):
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.


Petua 6 (Lidah Buaya):
Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.


Petua 7 (Bedak Sejuk):
Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.


Petua 8 (Timun):
Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.


Haa sekian petua yang menggunakan bahan2 semulajadi yang ada kat dapur atau pasar..

Selamat mencuba yee.!!

Bagi korang yang memang tak ade banyak masa free dan nak penyelesaian masalah parut yang ringkas, moden dan yang pasti semulajadi..saya share dengan korang beberapa produk semulajadi ni untuk amalan harian: ESP,  VITAMIN C, VITAMIN E, COLLAGEN POWDER.

Nak tau lebih lanjut pasal kecantikan kulit meh baca kat sini.

BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|


No comments:

Post a Comment