Pages

VITAMIN MURAH BULAN FEBRUARI' 2014 - VITALEA IRON FORMULA

Semua mesti dah tau kan, promo bulan Februari 2014 ini adalah VITALEA.. 
VITALEA merupakan multivitamin & multimineral..
VITALEA juga merupakan vitamin pertama dan tertua di dunia..Kalau nak tau lebih lanjut info mengenai VITALEA ni boleh intai-intai di sini ye..




Anda seorang yang:
Ada masalah tak mampu nak makan banyak vitamin setiap hari?
Ada masalah selalu terlupa nak makan vitamin?
Ada masalah kewangan tak mencukupi untuk membeli pelbagai vitamin?
Nak sihat dan bertenaga setiap masa?
Nak mula amalkan vitamin tapi tak tau nak ambil vitamin mana?


JANGAN RISAU kerana VITALEA adalah jawapan kepada permasalahan anda tu.

Ini kerana kandungan 1 biji VITALEA sehari sahaja sudah cukup untuk membekalkan segala zat dan khasiat yang lengkap untuk anda..


Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :
  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)
Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com




VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam2 lagi...

Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...






1. CHEWABLE VITA-C @ 100mg

Menguatkan Fungsi Imunisasi.
 Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


2. MEALSHAKE
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua


3.OMEGA GUARD
Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

  • mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

“Info tambahan yang kita perlu tahu : 
 Asid lemak Omega 3 ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tetapi sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalani kehidupan seharian kita.”

Untuk pengetahuan ibubapa, tidak semestinya kesemua yang saya nyatakan ini perlu diambil... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:

  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun –  MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com



ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE: KHASIAT DAN FAEDAH

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai 'energy booster' atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya, bak bateri Energizer.

Di dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua dan muda.

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.



Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.


Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.


Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.


Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.


Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.


Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.


Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.


Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, alahan semakin berkurang juga dirasai oleh penggemar ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.


Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.  



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com




KHASIAT GLA.. BELUM HABIS SEBOTOL DAH HAMIL!!

Indahnya kan bila buat ujian kehamilan nampak double line. Inilah salah satu khasiat GLA. Membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Dan betul, alhamdulillah ada customer yang ambil, baru setengah botol dah pun disahkan hamil.

Selagi usaha tak menyalahi syariat, apa salahnya mencuba. Lebih excited lagi, bila ada yang kongsi cerita. Sudah 4 tahun berkahwin, macam-macam sudah dicuba nak dapatkan anak. 

Akhirnya, dengan pengambilan GLA secara konsisten. Alhamdulillah telah disahkan hamil. 

Bagai bulan jatuh ke riba kan. Mesti syukur tak terkata. Suaminya pula ambil Zinc. Ini bagi menambah kuat sperma, tingkatkan kualiti sperma dan beri jangka hidup yang lebih lama pada sperma.


Bagaimana khasiat GLA membantu kehamilan?

GLA ini adalah Gamma Lenolenic Acid. GLA ini diekstra dari EPO (evening primrose oil). Ya memang dah ramai yang tahu kebaikannya. GLA di dalam EPO inilah yang menyumbang kepada kesihatan 'wanita'. Ia juga membantu dalam kesihatan organ reproduktif wanita

. Jom kita lihat cara GLA membantu untuk hamil.

  • Menstabilkan hormon di dalam badan
  • Membetulkan cycle period yang berterabur menjadi teratur
  • Menghilangkan period pain
  • Bagi yang ada masalah cyst, khasiat GLA mengecutkan saiz dan menghilang cyst TANPA SURGERI
  • Bila period dah teratur, barulah hari subur boleh dikenal pasti
  • Jika suami isteri melakukan 'hubungan', pengambilan GLA akan menghasilkan cecair hebat. Cairan ini akan terhasil di tiub fallopio dan beri lindungan kepada sperma yang dilepaskan. Sperma akan hidup lebih lama. Oleh itu, peluang hamil semakin meningkat.


Apa kebaikan lain jika hormon sudah distabilkan?


Khasiat GLA yang paling utama adalah menstabilkan hormon. Banyak kebaikan lain jika hormon sudah stabil, antaranya:

  • Muka kurang berjerawat, dan nampak lebih berseri
  • Bibir tak kering
  • Tumit jadi cantik, tak merekah

Lagi khasiat GLA:
  • Membakar lemak menjadi tenaga semasa kita tidur
  • Mengurangkan penyakit kulit seperti ekzema
  • Mengurangkan masalah kencing manis

Insyaallah, jika konsisten usaha mengambil GLA dan Zinc. Kehamilan bukan lagi mimpi. Jadi realiti. Jangan lupa, paling penting mohon pada Allah agar diberikan zuriat. Istighfar dan bersedekahlah. Ini juga penawar yang mujarab. Yang penting, jangan mudah putus asa. Jika putus asa, maknanya kita putus juga dari rahmat-Nya.


Selain itu, tips lain untuk hamil:

  • Jaga kesihatan
  • Makan makanan berkhasiat
  • Jika lebih berat badan, kurangkanlah
  • Ubah gaya hidup yang lebih sihat
  • Ambil masa untuk bersenam
  • Elakkan stress
  • Makan makanan penambah kesuburan
  • Jumpa pakar untuk nasihat

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

VITA-LEA ( MULTIVITAMIN )

MULTI VITAMIN YANG HEBAT!!


Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.





APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?


- Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?


Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnYa mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.


Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.


Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang meyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.


Iron/zat besi banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut kerana :-

  • ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
  • peraiaran / laut yang telah tercemar
  • tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
  • selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.

Siapa Memerlukan Multivitamin???
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki
  • Semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)
Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com





UBAT SAKIT SENDI

Sekurang-kurang 1 dari 5 orang di Malaysia ada sakit sendi, jadi tak mustahil jika kita biasa dengar kawan-kawan, ibu atau ayah kita mengaduh sakit-sakit dan tidak selesa. Jom kita lihat apa yang terjadi bila sendi tak sihat atau sakit sendi.









Arthritis, Osteoarthritis, terseliuh dan Tendinitis adalah jenis-jenis sakit sendi yang biasa kita jumpa.


Jadi siapakah yang berisiko sakit sendi:
  • obesiti
  • kesan penuaan
  • atlit 

Apakah simptom-simptom sakit sendi?

  • ketegangan 
  • lenguh 
  • bengkak
  • kesakitan
  • berkeriuk, bunyi bising


Ada ke rasa-rasa sakit macam di atas, jika ada maka sahlah anda sakit sendi. Tapi jangan risau, hanya dengan 5 hari, sakit sendi akan hilang dengan penggunaan Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Saya ulang 5 hari sahaja, dan ini bukan hanya kata-kata orang tapi telah dibukti oleh ujian klinikal. sendi-sendi boleh kembali sihat dan cantik seperti dulu.






Bagaimana Advanced Joint Health Tablet Shaklee ini boleh memberi kesan dalam masa 5 hari?



3 bahan penting inilah yang bertindak secara serentak untuk menyihatkan sendi kembali. dan kandungan Advanced Joint Health Tablet Shaklee menggunakan 100% tumbuhan semulajadi. 




Jom saya nak share lagi tentang AJHT ni:




10 Kebaikan AJHT (UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.

Badan kita kan umpama enjin. Jika tak diletak minyak pelincir, akan sangkut tak boleh jadi. Dah jadi satu kewajiban untuk kita jaga badan yang Allah bagi pinjam nie. Ada cara bagi mengelak sakit sendi nie, tapi pencegahan mesti buat dari awal. Kalau dah sakit, makan AJHT nie...lepas tu kita cuba cegah dari sakit kembali.


Sebagai contoh yang sakit sendi sebab berat badan berlebihan nie. Cara nak cegah, kurangkan pengambilan makanan. Makan yang cukup-cukup je. Jangan ikutkan nafsu. Pilih makanan yang sihat. Dan juga ada masa, buatlah senaman sikit-sikit.


Yang sudah 'senior' atau berumur, makanlah makanan yang membantu penghasilan lendir di sendi-sendi. Jika susah nak dapatkan, amalkan je AJHT nie. Jangan risau, tiada kandungan dadah. Jadi boleh dimakan non-stop.

Nak lebih baik, boleh cuba Set Shaklee Ubat Sakit Sendi. Dalam set ini ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix. Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung. Ostematrix pula sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang atau kebas, juga pelancar bahan buangan badan.





Tak rugi labur untuk kesihatan. Jangan sampai ia menjadi lebih parah.Jadi jagalah kesihatan sendi. Sendi yang sihat dan baik akan membolehkan kita bergerak aktif setiap hari. Sendi sakit...nak jalan pun payah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)
Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com





ATASI GASTRIK DENGAN SHAKLEE


Pernah tak kita mengalami gastrik? or kita tengok sesiapa alami gastrik? sakit kan? semua jadi serba tak kena.


Kalau bulan puasa pula Gastrik, antara alasan popular kenapa tak boleh nak berpuasa. Tapi takkan nak pasrah 30 hari tak puasa. Ada rawatan alternative untuk gastrik nie. Selain dari ubat kapur yang doktor bagi. Atau Gaviscon yang tak sedap.


Ada beberapa cara 'Home Remedies' yang boleh diguna untuk merawat gastrik. Jom tengok:
Elakkan ambil makanan dan minuman yang berasaskan susu. Sehingga masalah penghadaman selesai.
Minum 8 gelas air sehari. Lebih kurang 2 liter sehari.
Ambil Vitamin E 400IU, untuk kurangkan keradangan di dalam perut
Gigit atau buat air halia, bagi mengurangkan angin di dalam perut.



Apa itu Gastrik?

Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.


Punca Gastrik?

Jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca utama ulser perut atau gastrik ini.


Bagaimana Boleh Terjadi?

Dalam proses penghadaman satu asid akan dikeluarkan. Asid ini disebut sebagai hidroklorik. Bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Jika asid ini lebih dari mukus atau cecair bikarbonat di dalam perut. Maka akan mencetus rasa sakit yang dipanggil gastrik.


Pesakit gastrik masih boleh mengelak dari terkena serangan. Paling utama, pilihan makanan. Ada makanan yang selamat, juga makanan yang patut dielak. Usah semberono, tibai semacam.





Makanan Selamat Pesakit Gastrik

  • Hampir semua sayuran dan buah-buahan selamat dimakan. 
  • Pilih makanan yang tinggi antioksidan dan flavonoids, seperti 'grape fruit' 
  • Makanan yang kaya fiber seperti kacang, peas juga baik untuk di makan. 
  • Nasi, roti, biskut, dan oatmeal. 
  • Makanan yang tinggi protein, seperti Soya Shaklee juga amat baik. 
  • Pilihan makanan laut, ayam atau daging juga tak mendatangkan mudarat. 
  • Guna minyak sayuran seperti 'olive oil' ketika memasak. 


Makanan Bahaya Pesakit Gastrik
  • Elakkan lada, atau lada hitam/lada sulah. 
  • Kentang kerana banyak angin. 
  • Makanan berasaskan susu. 
  • Gantikan daging merah kepada ayam atau ikan. 
  • Elak makanan yang berminyak. 
  • Kurangkan gula dan garam dalam makanan. 
  • Elakkan kopi, alkohol dan minuman yang ada kaffein. 

JAdi, macam mana pula Shaklee dapat membantu ye??

SHAKLEE menyediakan supplements yang boleh membantu mengurangkan gastrik anda :))


1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.

2) Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

*boleh d'tambah juga dengan B-COMPLEX :))

Peranan B complex Shaklee Atasi Gastrik
B complex Shaklee bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Dengan supplement B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE??
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..



Shaklee Independant Distributor : 1094146
Mobile : +60129575853 (Ija)

Emel : ma2li2a82@yahoo.com / m42li2482@gmail.com