Pages

MINUM AIR GULA KETIKA MENGANDUNG

SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Kini di klinik kerajaan mahupun swasta, ibu mengandung yang berumur 25 tahun keatas dan mempunyai sejarah keluarga kencing manis di WAJIBKAN menjalani UJIAN Minum Air Gula. Kenapa Perlu Ujian Minum Air Gula ketika mengandung? Jom kita kongsi jawapannya bersama dalam artikel ini.

Semasa mengandung, wanita berisiko mendapat Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM. Ia adalah diabetes atau sakit kencing manis yang hanya terjadi ketika hamil dan bukannya ketika tidak mengandung.

Ujian Minum Air Gula adalah salah satu cara untuk mengetahui jika anda menghidap GDM. Kebiasaannya ujian minum air gula (glucose) dilakukan pada usia kandungan 24 – 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.



2 Kaedah Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 – 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula yang sangat pekat. Kemudian 2 jam berikutnya, pengukuran bacaan gula dalam darah dilakukan.

2) Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika bacaan tidak normal, wajib laksanakan Kaedah 1.



Adakah GDM Berbahaya Pada Bayi?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mengekalkan penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan yang membahayakan kandungan anda.
Ini adalah beberapa risiko:-

• Tubuh badan bayi dalam kandungan lebih besar dari normal. Maka anda berisiko untuk melahirkan bayi melalui pembedahan ceaseran.

• Kandungan darah dalam badan bayi terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk menyusukan bayi secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada tubuh badan bayi. Dalam kes yang kritikal, bayi mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip.

• Bayi berisiko mendapat neonatal jaundis.

• Bayi mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.

• Bayi mempunyai kadar mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot ‘twitching’ (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral tambahan pada bayi.



TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG YANG MENGALAMI GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doctor. Tips dibawah boleh dijadikan panduan untuk anda yang mengalami GDM:-

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.

2. Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.

3. Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Mengawal berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.



Adakah GDM akan sembuh selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, paras gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan paras gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.

Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.

Menurut kajian, anak yang mana ibunya mempunyai GDM akan berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes. Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini.


Supplimen Kehamilan yang sesuai.

  • B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
  • VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin
  • VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi
  • OSTEMATRIX - sumber kalsium, mangnesium dan vitamin d yg dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
  • ESP -  adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebihbaik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain. 
  • OMEGA GUARD -Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis.


BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
 DAFTAR KEAHLIAN UNTUK DAPAT HARGA AHLI??

Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

No comments:

Post a Comment