Pages

SALAM TAHUN BARU 1437 HIJRAH

Assalamualaikum sahabat pembaca semua :);)

Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah atas segala kurniaan dan rahmat yang tidak terhingga..




Hari ni 6 Muharam 1437 H, dah masuk hari ke 6 kite berada di tahun baru Hijrah..
masya Allah sekejap je..apa pun, masih tak terlambat rasanya nak ucap 
SALAM MAAL HIJRAH 1437 untuk semua..

Alhamdulillah 
Bulan Muharram adalah awal bulan dalam tahun hijriah.

Petikan kata-kata yang diambil daripada Kalendar Sunnah :

"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah...
puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram.
Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah...
solat sunat Tahajjud di waktu malam."

(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim)




APA KELEBIHAN BULAN MUHARRAM?
=================================

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.




Peristiwa-peristiwa penting:
======================

1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam                                 Hijrah.

2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa                                        penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih                                 dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.




Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
================================
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan            selama 6 bulan

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar

13. Hari pertama Allah menciptakan alam

14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat

15. Hari pertama Allah menurnkan hujan

16. Allah menjadikan ‘Arasy

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz

18. Allah menjadikan alam

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril

20. Nabi Isa diangkat ke langit




Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
====================================================
1. Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
    Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.


    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
    bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
    tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X



 
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
======================================================

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
    tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
    gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
    pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.

8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

aamiin..

No comments:

Post a Comment