Pages

ATASI MASALAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI ~ PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Di Malaysia di anggarkan 6juta penduduk yang mengalami kolesterol yang tinggi. Adakah kita atau ahli keluarga termasuk golongan ini ?

Bagaimana yang dikatakan Phytocol-St Shaklee Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi??






Kite tengok dulu ape tu Kolesterol..

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia.



Jenis-jenis Kolesterol:

1) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol 'JAHAT. 

LDL yang tinggi dalam darah akan membentuk 'plak' yang menyumbat dan menyekat aliran darah. Inilah yang selalu menyebabkan serangan jantung dan stroke.


2) HDL (High Density Lipoprotein) - Kolesterol 'BAIK'
HDL pula membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Jadi HDL ni untuk 'membersihkan' salur darah.


Sebab itulah, kita perlu ada HDL yang TINGGI dan LDL yang RENDAH. 

Kolestrol tak terkawal memang merbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tidak menyedari kolestrol bermaharaja lela dalam badan kita. Tambahan pula kita tidak mampu menolak daripada menjamah kelazatan pelbagai makanan yang terdapat di negara kita ni. 




Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol kurang dari 300mg sehari yer. Bagi yang ada penyakit jantung pula, kena hadkan kepada kurang dari 200mg sehari saja.

dan..jangan ingat orang berlebihan berat badan saja yang ada masalah kolesterol. Sebenarnya, orang kurus pun boleh ada masalah kolesterol tinggi juga tau.


Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;

  • Masalah Pernafasan
  • Sakit Dada
  • Pening
  • Denyutan Jantung yang tidak tetap
  • loya dan muntah2
  • Heartburn atau ketidakhadaman
  • Berpeluh dingin

Kolesterol tinggi boleh meninggikan risiko SAKIT JANTUNG!!




Kalau tinggi kolesterol, risiko serangan jantung meningkat 15.6%, 
dan angin ahmar meningkat 11%.




Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, menyebabkan penyakit hati berlemak, hormon tak seimbang dan ketidaksuburan.



Rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.


JADI JOM BERTINDAK HARI INI!!


ATASI MASALAH KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL!!





Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL dan STANOL TUMBUHAN) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buahan, sayuran, kekacang, bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. 


Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Lebih 80 kajian klinikal telah diterbitkan dalam penerbitan saintifik tentang keberkesanan dan keselamatan fitosterol.



Jumlah yang disyorkan diambil ialah 2000mg fitosterol sehari.



Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Untuk mendapatkan fitosterol secukupnya, makanan-makanan ini perlu diambil setiap hari.
~ 200 batang lobak merah
~ 70 keping roti gandum
~ 425 biji tomato




Kesitimewaan Phytocol

  • Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif 
  • Fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol 
  • Mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari 
  • Kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH 
  • Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan 


Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambar di bawah :

SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Sekarang, dah tahu cara nak turun kolestrol kan? 

Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Berapakah Harga Phytocol ini??

Boleh hubungi nombor yang  tertera dalam gambar  dibawah:



|ASK ME FOR DETAILS|


SALAM MAAL HIJRAH 1436H - DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN


Bermulanya maghrib hari ni 24 October 2014 kita dah masuk tahun baru 1436H dah. Cepatnya masa berlalu dah bertemu tahun berikutnya.


Salam Maal Hijrah 1436H. 




Jangan lupa untuk membaca Doa Akhir dan Awal Tahun. Kita akan bertemu tahun baru hijrah 1 Muharram 1436H pada 25 October 2014.


Sebelum berakhir tahun 1435H, marilah kita sama² membaca Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib.



Doa awal tahun 1436H pula di baca 3 kali selepas waktu maghrib



Luangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir dan Awal Tahun ye.


Semoga Segala Kebaikan dan Keberkatan Menyertai Kita Semua. Kenangan semalam ditinggal pergi. Kini melangkah ke depan kerana Ilahi. Salam Maal hijrah untuk semua umat Islam. Sempena tahun baru ni tanamkan azam, lakukan penghijrahan yang terbaik untuk diri sebelum terlambat dan tidak menyesal kemudian hari.

STEAMBOAT DI KEMAMAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Entry kali ni, nak cerita pasal Steamboat.. dah lama teringin nak makan Steamboat kat Kemaman ni.
Alhamdulillah hari Rabu lepas, Allah beri peluang dan rezeki untuk merasai Steamboat di Musz Corner yang terletak di Jalan Gong Limau, Kemaman, Terengganu ( jalan daripada traffic light MPK ke Wisma Persekutuan Daerah Kemaman ). Kedai ni buka waktu malam tau..siang diorang off.




Biasa kalau kami ke sini time tak sempat nak masak (padahal malas nak masak..hehe) atau time nak tukar selera sekali sekala atau time nak balik kampung. Memang selalu menjadi tempat persinggahan makan on the way kami sebab kami tak perlu menunggu terlalu lama untuk makan selepas order.

Menu yang biasa kami order terdiri dari Set Makanan Berlauk - Nasi Putih, Tom Yam Campur, Telur Dadar, Sayur Kailam Ikan Masin, Sotong/Udang Masak Merah/Kunyit dan Air. 
Tapi kehadiran kami kali ni rasa nak order Steamboat..nyum!nyum!



Special kat sini, semasa kita nak order, pekerja yang nak amik order mesti bawak sekali satu pinggan potongan buah betik. So, semasa menunggu makanan sampai kami duk pulun menikmati hidangan buah dulu.

So, order kami malam ni..Steamboat untuk 2 orang makan ! dan Hash Brown (ala-ala kepsi gitu..) untuk Faatihah incase dia tak nak makan Steamboat. Air plak kami order Jus Epal (feberet encik suami), Nescafe Tarik dan Milo untuk si kecik.


 
Nampak tak periuk steamboat dah get ready untuk berkhidmat..

Bila order sampai, macam ni la bahan-bahan nya..




.
Sooo.. apalagi meh ler kite mensteamkan semua bahan-bahan ni..tak sobar dah nak makan..tadaa..



MMM..sedap nyerrrr..licin kami makan..Lain kali nak makan lagi..



Jika anda mempunyai  sharing tentang steamboat murah di area korang tinggal, sila tinggalkan komen anda di ruangan komen dibawah untuk rujukan rakan2 yang lain.


Lepas makan steamboat wajib telan vitamin pemusnah kolestrol!!!

CARA-CARA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI / PEREMPUAN

Assalamualaikum..

Mommys & Daddys..ada tak ade situasi macam ni..


"Saya dah ada 3 orang anak perempuan..nak anak lelaki pulak"

                          atau
"Setakat ni 2 orang askar dah..nak merasa puteri pulak"
                          atau
"Anak sulung dah lelaki..kalau boleh anak kedua nak perempuan pulak"



Pada zaman teknologi yang serba canggih ni sebenarnya takde masalah untuk kita membuat pemilihan jantina anak perempuan mahupun lelaki antaranya dengan membuat pemilihan jantina melalui embrio yang menggunakan kaedah PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau melalui sperma iaitu dengan kaedah IUI (Intrauterine Insemination), IVF (In Vitro Fertilisation) dan ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection).

Keberkesanan kaedah IUI, IVF dan ICSI ini adalah 70% bagi pemilihan sperma untuk jantina lelaki dan bagi pemilihan sperma untuk jantina perempuan pula ialah sebanyak 50 - 60%. Kos bagi ketiga-tiga kaedah melalui sperma adalah lebih murah berbanding penggunaan kaedah PGD (iaitu melalui embrio).

Walaubagaimanapun faktor-faktor / petua di bawah boleh dijadikan panduan untuk pasangan yang mahu mendapatkan anak perempuan atau anak lelaki mengikut kaedah semula jadi, iaitu :-

1) FAKTOR MAKANAN
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami harus membanyakkan makan makanan beralkali. Manakala isteri pula perlu banyak mengambil makanan berasid. Jika anda mahukan anak lelaki pula, pihak suami yang perlu makan lebih banyak makanan berasid dan isteri mengambil lebih banyak makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Makanan berasid pula boleh didapati daripada makanan seperti daging, makanan laut dan lain-lain. 

Corak pemakanan ini perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk hamil bagi mempersiapkan tubuh dan sistem badan kita mengikut keadaan yang diinginkan sama ada beralkali atau berasid.


2) FAKTOR MASA ~ WAKTU SUBUR
Lakukan hubungan intim sebelum datang haid boleh membantu anda mendapatkan anak perempuan. Tetapi jika lakukan sebaliknya iaitu selepas sahaja selesai haid anda berkemungkinan akan dapat anak lelaki. Untuk memastikan waktu pilihan anda adalah tepat, kira seminggu awal atau seminggu selepas kedatangan haid.

Notes :

Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.



3) FAKTOR KEDALAMAN
Suami tidak perlu memasukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri jika mahukan anak perempuan. Namun lakukan sebaliknya sekiranya anda mahu anak lelaki. Ini disebabkan Gen X (lelaki) dan Gen Y (perempuan) mempunyai ciri yang berbeza. Logiknya kerana Gen X (lelaki) mempunyai stamina yang kuat dan dapat sampai ke destinasi dengan pantas, berbeza pula dengan Gen Y (perempuan) yang mana kurang staminanya.


4) FAKTOR KEMUNCAK
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami perlu sampai kemuncak sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri sampai ke kemuncak, isteri akan mengeluarkan cecair berbentuk alkali. Jika sebaliknya iaitu suami sampai ke kemuncak selepas isteri, kemungkinan anda akan mendapat anak lelaki. Dengan kata lain :

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.


5) FAKTOR PERSEDIAAN (ISTERI) 
Isteri boleh membasuh vagina dengan menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air sekiranya mahukan anak perempuan. Jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.


6) FAKTOR KEDUDUKAN
Jika kedudukan suami di bawah manakala isteri pula di atas, membantu pasangan memiliki anak perempuan. Jika kedudukan bertentangan pula, iaitu suami di atas dan isteri di bawah, ia membantu mendapatkan anak lelaki.

Credit :sumber info ini adalah menerusi buku Pa&Ma (Volume 1) 40 Minggu Nan Indah


6) KAEDAH CARTA
Carta ini berasal dari China. Carta ini berasal dari China dan mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila dikejutkan dengan penemuan carta ini yang tertanam di kawasan yang berhampiran dengan makam raja China. Kemudiannya, ia dipamerkan di Institut Sains Beijing dan dipercayai sudah berusia 700 tahun.

Menariknya, carta kuno ini menjadi ikutan dan panduan ramai pasangan suami isteri seluruh dunia kerana dikatakan ramalan carta ini kebetulan tepat sebanyak 99%! Oleh itu, anda boleh mencuba mengikut jadual carta kuno ini jika merancang inginkan anak perempuan atau anak lelaki.


SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Menurut carta kuno ini, jantina anak boleh ditentukan mengikut umur ibu yang bakal hamil ketika persenyawaan berlaku. Contohnya, Puan berumur 25 tahun dan inginkan anak perempuan. Oleh itu, Puan perlu melakukan hubungan seksual bersama suami pada bulan Januari, April, Mei dan Julai bagi meningkatkan peluang dan potensi hamil anak perempuan.

Walau apapun, terpulang kepada setiap individu untuk mempercayai atau tidak carta kuno ini.
Namun begitu perlu sentiasa diingat bahawa kita hanya merancang, semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 %, mengikut Prof. Dr. Hamid Arshad, Pakat Sakit Puan.


Amalan :

Amalkan surah-surah, ayat-ayat al-Quran.

Anak Perempuan
~ Banyakkan membaca surah Maryam

Anak Lelaki 
~ Doa
SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU

Doa tu sebenarnya utk si suami baca sambil usap perut si isteri. kalau baca sendiri, tukar la ayat camni :

"Ya Allah. sesungguhnya aku akan memberi nama anak dalam kandunganku dengan nama Muhammad, maka jadikan dia untukku anak lelaki dengan hak orang yang mempunyai nama yg mulai yakni Nabi Muhammad s.a.w."



SHAKLEE KEMAMAN TERENGGANU


Jika anda sudah hamil dan mahu memberikan yang terbaik unutk diri anda dan bayi yang sedang anda kandung, melengkapkan nutrisi dalam badan dan perkembangan yang baik untuk bayi, anda juga digalakkan mengambil supplimen. Klik disini untuk info lanjut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan suppliment tentang diet dan kesihatan diri anda boleh hubungi saya melalui nombor dibawah :



|ASK ME FOR DETAILS|

BASIC H MUDAHKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN


Basic H ?? Apa benda la plak tu kan..

                                     SHAKLEE TAMAN ALAM PERDANA

Basih H adalah salah satu cecair ajaib yang dikeluarkan oleh Shaklee.


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)


Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

SHAKLEE KEMAMAN

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
         ~ Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk
        ~ Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

  • Tingkap dan cermin
        ~ Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Lantai
        ~ Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
        ~ Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

PERBEZAAN SHAKLEE
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Best kan Basic H ni..macam kegunaan..

Nak tau harga Basic H yang mabeles ni..hubungi saya di nombor di bawah:


SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

RESEPI SPAGETI YANG RINGKAS DAN CEPAT

3 hari lepas, encik suami request nak makan spageti..nak bawak bekal g kerja sebab kantin opis tak operasi sempena raya haji..

"dah kalau gitu bawak la banyak sikit..kawan-kawan pun boleh makan sama" cadangan saya..

Sambil sengih encik suami jawab "memang niat di hati macam tu sebab diorang pun mengidam nak makan spageti kita..kawan-kawan abang cakap, kalo spageti..tak leh lawan ngan spageti Keri.."

Wahhhh..tiba-tiba rasa macam pro plak..(perasan btol!)..keh keh keh..

Haa..ni yang rasa nak share resepi Spageti Keri ni..hahaha..
Suka-suka hati letak nama..tak pe lah..dah depa duk sebut-sebut panggilan cenggitu kan..
Alaa..nama tak penting..yang penting rasa tu..hik hik hik

Ok..let's start..


Bahan - BAHAN YANG DIGUNAKAN :

  • 1 bungkus Spageti - jenama ape-ape pun boleh..

                                               



  • 3 tin sos spageti tomato 

                           

  • 1 paket daging cincang/kisar

                  

  • Sedikit Oregano 

                    

  • 6 ulas bawang putih (potong halus)
                       



CARA-CARANYA :

    Untuk spageti :
  1. Rebus air dalam periuk dan masukkan spageti..letak sikit minyak tau dalam air supaya spageti tu tak melekat antara satu sama lain nanti.
     Untuk sos spageti :
  1. Tumis bawang putih yang dah dipotong sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan Sos spageti Tomato dan gaul-gaul kejap
  3. Masukkan daging cincang / kisar. Kacau hingga sebati sampai mendidih.                 (Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air)
  4. Taburkan sedikit serbuk oregano dalam kuah spageti dan gaul-gaul kan supaya sebati.
  5. Siap untuk di hidang
Kreativiti korang : boleh je nak tambah potongan bebola daging/ bebola ayam/ hirisan                                        cendawan dalam sos spageti.




SELAMAT MENCUBA..!!

Bagi korang yang mementingkan kebersihan ruang dapur kesayangan supaya sentiasa bersih berkilat selepas memasak akibat percikan minyak / bahan tumis / tumpahan kuah, cuba cara ni.


TUMIT KAKI MEREKAH

Alahaiii..teruk nya tumit kaki ni..kasar dan kasat..dah macam berus kawat besi rasanya..kadang-kadang benang kat kain pun boleh tertarik..huhu

Nak pakai sandal tali halus macam orang lain pun malu sebab tumit kaki merekah..nak cover kena la pakai kasut sokmo..

HERBAL BLEND SHAKLEE

Macam mane nak pulihkan..tulungggg!!


Ok,..Mengikut petua tradisional, tumit kaki anda dapat dibelai dengan menggunakan kelebihan buah-buahan tempatan ini. Ringkas, cepat dan murah!


PETUA 1

Ambil sebiji betik muda yang berwarna kekuningan. Potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian, sapukan getah betik tadi di tumit kaki yang merekah. Amalkan setiap hari untuk hasil memberangsangkan.



PETUA 2

Gosok tumit kaki anda dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.



PETUA 3

Dapatkan beberapa asam keping dan perahan limau nipis untuk dimasukkan ke dalam baldi berisi air suam. Setelah itu, rendamkan kaki anda selama 30 minit. Keringkan kaki anda dan lakukan petua ini setiap hari sehingga rekahan di tumit kaki tersebut hilang.




Nak cara yang lagi ringkas, mudah dan moden, boleh lah guna HERBAL BLEND ~ lotion serbaguna yang berbaloi untuk dimiliki oleh setiap individu..sesuai untuk semua peringkat umur..daripada bayi hingga orang dewasa. Bayi yang menghidapi ruam dan kanak-kanak yang ada ekzema boleh menggunakan sapuan HERBAL BLEND ni sebagai rawatan. Korang boleh lihat DISINI.


NOta  : 

Selain merawat, punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu diambil kira agar anda dapat menjaga kesihatan di bahagian ini. Antara punca ia berlaku kerana:

  • · Kulit kering
  • · Berat badan berlebihan
  • · Pemakaian kasut yang tidak sesuai
  • · Alah kepada jenis sabun 
  • · Alah kepada simen lantai ~ amalkan pakai selipar
  • · Mengabaikan penjagaan kesihatan kaki ~ sebelum tidur cuci kaki dan rajin-rajinkan berus kaki menggunakan berus lembut
Semoga membantu!!

Nak dapatkan Cream HERBAL BLEND ni?
Boleh dapatkan daripada saya melalui nombor dibawah :



SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|