"dah kalau gitu bawak la banyak sikit..kawan-kawan pun boleh makan sama" cadangan saya..
Sambil sengih encik suami jawab "memang niat di hati macam tu sebab diorang pun mengidam nak makan spageti kita..kawan-kawan abang cakap, kalo spageti..tak leh lawan ngan spageti Keri.."
Wahhhh..tiba-tiba rasa macam pro plak..(perasan btol!)..keh keh keh..
Haa..ni yang rasa nak share resepi Spageti Keri ni..hahaha..
Suka-suka hati letak nama..tak pe lah..dah depa duk sebut-sebut panggilan cenggitu kan..
Alaa..nama tak penting..yang penting rasa tu..hik hik hik
Ok..let's start..
Bahan - BAHAN YANG DIGUNAKAN :
- 1 bungkus Spageti - jenama ape-ape pun boleh..
- 3 tin sos spageti tomato
- 1 paket daging cincang/kisar
- Sedikit Oregano
- 6 ulas bawang putih (potong halus)
CARA-CARANYA :
Untuk spageti :
- Rebus air dalam periuk dan masukkan spageti..letak sikit minyak tau dalam air supaya spageti tu tak melekat antara satu sama lain nanti.
- Tumis bawang putih yang dah dipotong sehingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan Sos spageti Tomato dan gaul-gaul kejap
- Masukkan daging cincang / kisar. Kacau hingga sebati sampai mendidih. (Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air)
- Taburkan sedikit serbuk oregano dalam kuah spageti dan gaul-gaul kan supaya sebati.
- Siap untuk di hidang
Kreativiti korang : boleh je nak tambah potongan bebola daging/ bebola ayam/ hirisan cendawan dalam sos spageti.
SELAMAT MENCUBA..!!
Bagi korang yang mementingkan kebersihan ruang dapur kesayangan supaya sentiasa bersih berkilat selepas memasak akibat percikan minyak / bahan tumis / tumpahan kuah, cuba cara ni.
No comments:
Post a Comment