Pages

CARA MERANGSANG OTAK BAYI


Memiliki anak yang soleh, sihat dan pintar adalah idaman setiap ibu bapa. Tentu sahaja kita akan berbangga memiliki anak sebegini. Ramai yang berpendapat bahawa kecerdasan mahupun kebijaksanaan anak itu adalah warisan ibu bapanya, namun ianya sukar berlaku jika anak tersebut tidak dirangsang dari awal. Bayi yang baru lahir dikurniaan Allah dengan berjuta-juta sel yang berhubung. Sel ini pula akan terus berkembang pesat dan mencapai puncaknya apabila dia berumur 3 tahun.


Kajian mengatakan bahawa ketika usia kandungan 6 bulan, bayi sudah boleh merasai apa yang berlaku di sekelilingnya. Sehingganya umurnya 3 tahun, kemampuan otaknya dapat dioptimakan jika dia mendapat ransangan yang baik dan sewajarnya.

Antara yang kita boleh lakukan ketika anak di dalam kandungan bagi merangsang otaknya adalah mengambil diet serta nutrisi yang baik dan berkhasiat. Komunikasi juga menurut sesetengah kajian akan merangsangnya. Ketika anak sudah dilahirkan, teruslah berkomunikasi dengan anak. Banyakkan sentuhan dan pelukan. Ini semua membantu merangsang otaknya dengan baik.


Berikut adalah 10 tip yang boleh anda lakukan bagi merangsang otak bayi:

  • Urutan yang santai dapat merangsang sel saraf otak bayi. 
  • Lakukan senaman ringan seperti menggerakkan tangan dan kakinya. 
  • Berbicaralah dengan bayi kita. Walaupun anak tidak pun memahami apa yang dikatakan oleh ibu atau bapanya, namun ia boleh menjadikan anak mengetahui cara dan pola percakapan ibu bapanya. 
  • Dengan gaya percakapan yang mempunyai intonasi tertentu, bayi akan terangsang dan membantu perkembangan otaknya. 
  • Muzik juga dapat memberikan suasana yang merangsang buat bayi. Alunan ayat-ayat Al-Qur’an serta nasyid-nasyid yang indah, selalulah didengar kepada bayi. 
  • Mulakan pembelajaran ringan yang santai dengan menunjukkannya gambar-gambar yang mempunyai kaitan dengan kehidupannya. 
  • Bagi seorang bayi, ubahlah kedudukannya sesekali supaya dia boleh melihat dan belajar dari keadaan sekelilingnya. 
  • Bawalah bayi anda keluar dan melihat keindahan alam dan makhluk di sekelilingnya. 
  • Memeluk dan menyentuh bayi adalah salah satu rangsangan untuk otaknya. Lakukan sekerapnya! 
  • Bermainlah dengan bayi. Dia pasti gembira dan bahagia.

Semoga artikel ini dapat menjadi panduan untuk ibu-ibu dan bapa-bapa hebat di luar sana!!

ASK ME..nombor contact dalam gambar di bawah ye!



BERMINAT UNTUK MENCUBA PRODUK SHAKLEE 
DAN
NAK BELI DENGAN HARGA AHLI??

Hubungi nombor di bawah & Konsultasi percuma akan diberikan sekiranya membuat pembelian dengan saya..

SHAKLEE KEMAMAN
|ASK ME FOR DETAILS|

No comments:

Post a Comment