Nama Tasik Kenyir dah memang familiar dikalangan orang Terengganu.. macam aku..memang anak jati Terengganu tapi tak pernah sampai..huhuuu..
Sampai la pada bulan Ogos lepas ..dapat la aku menjejakkan diri di Tasik Kenyir melalui program anjuran tempat aku kerja..aku pergi bersama 41 orang lagi yang terdiri daripada rakan sejawat dan peserta Peserta Program PJD terpilih bagi kawasan Kemaman. Selama 3 hari 2 malam kami kat sana dengan pengisian program yang bestt, memberi satu pengalaman yang lain dari yang lain.
Daripada Kemaman ke Pengkalan Gawi menaiki bas dan di Tasik Kenyir kami tinggal dan bermalam dalam house boat.
Houseboat : pilih..pilih nak yang mana..banyak pilihan bila sampai sini
Sampai je sini kami punye houseboat dah menunggu untuk menyambut ketibaan kami. Muatan untuk satu-satu houseboat ni bergantung saiz..macam houseboat kami boleh memuatkan seramai 30 orang. Tingkat bawah ade dapur, ruang menonton, ruang aktiviti, tandas dan bahagian driver houseboat. Tingkat atas pulak semua bilik-bilik yang telah disediakan katil, tilam dan bantal.
House boat kami.. Kenchana Houseboat
Dalam program ni, tempat yang menjadi tempat persinggahan kami di Tasik Kenyir ialah:
1. Air Terjun Lansir
2. Santuari Ikan Kelah
3. Taman Herba
4. Tapak Perkhemahan Air Terjun Soak
Dalam perjalanan itu, rasanya pengalaman dan pemandangan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini..Masya Allah, begitu indah ciptaan Allah..menghirup udara segar, hijau mata memandang, angin segar dan nyaman, tiada hiruk pikuk kota.. damainya..release tension kejap asenye..hehe
Pemandangan dari houseboat
Aktiviti Hari Pertama di Lokasi Persinggahan Pertama:
Pembahagian kumpulan oleh peserta :
Lepas pembahagian kumpulan, perancangan kami nak naik ke tempat Air Terjun Lansir tapi hujan pulak turun. Kami dinasihatkan supaya batalkan perancangan tersebut. Jadi, kami buat la aktiviti sendiri-sendiri sementara tunggu masa makan malam dan aktiviti seterusnya untuk malam.
Chef kami sepanjang program
Malam- tugasan kumpulan. sila bincang dan bentang kan.
Tugasan done, so apalagi karoke lerrr..pilih je nak lagu ape,semua ada..hehe
Aktiviti Hari Kedua:
Selamat pagiiii alam...
Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat persinggahan seterusnya..jom sihatkan badan dan hirup udara tasik dengan senaman taichi..ehehe
TArik nafasss.. hembusss
Hahh..bersih fresh paru-paru kami semua..hahaha
Next..jom gerakk!
Kelahhh mu tunggu kami mari nii..
Dalam perjalanan ke Santuary Kelah, ada lagi aktiviti kumpulan..waahhh, sambil beraktiviti sambil menikmati pemandangan dengan menghirup udara tasiksambil bertemankan bunyi enjin houseboat selang seli dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh owner houseboat..
Tahniah kepada kumpulan yang menang untuk aktiviti ni..
Barisan urusetia program :
Tu diaa..nak sampai dah..
Selamat datanggg.. sign autograf skaliii..hehe
Taklimat pun dah dengar, safety jacket dah pakai, makanan ikan pun dah beli..jommmm meredah tasik untuk jumpe si kelah dengan boat laju nii..
Dah sampai..apalagi, masuk sungai le kiteeee..
Kelah-kelah kat sini jinak-jinak, ikan-ikan kelah berkenaan akan terus berkerumun mengelilingi pengunjung. Satu pengalaman yang menyeronokkan yang tak mungkin dilupakan..nak tau korang kena datang sendiri.
Seterusnya, dah puas bermanja dengan kelah-kelah kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..Taman Herba..
Macam-macam tanaman herba boleh didapati disini..nak tau mengenai herba-herba boleh bertanya dengan pegawai disini.
Kalau sampai taman herba ni, jgn lupa cuba air rebusan tongkat ali, kacip fatimah, mahkota dewa dan pelbagai minuman herba yg berkhasiat, fresh lagi :)...free jer..tak perlu bayar..siap boleh amik letak dalam botol air (jika ade botol kosong) untuk bawak balik rumah.
Perjalanan diteruskan untuk ke tempat persinggahan terakhir di Tapak Perkhemahan Air Terjun Soak. Kami bermalam disini. Perancangan untuk melawat sekitar kawasan tidak kesampaian juga sebab hujan..
Aktiviti Malam : BBQ, Persembahan Kumpulan dan Karaoke
Hari Ketiga
Senaman Pagi
Selepas senaman ringan dan sarapan, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Pengkalan Gawi. Dalam perjalanan tu la berlangsungnya Majlis Penutup Program dan Penyampaian Hadiah kepada Kumpulan
Waa..nak balik dah..hati tak sabar nak sampai rumah jumpa dengan anak dan keluarga..jauh disudut hati, memasang impian nak datang lagi berkunjung ke Tasik Kenyir, masa tu dengan ahli keluarga pulak.mesti lagi seronok!!
Korang pun mesti datang bercuti di sini untuk merasa pengalaman yang lain dari yang lain.
Notes : Jangan lupa bawa bekalan ubat-ubatan korang jugak tau! Incase ade yang sakit perut ke demam ke sakit kepala ke..sekurang-kurangnya membantu mengurangkan kesakitan yang dialami..ehehehe
No comments:
Post a Comment