Pages

TEKNIK URUTAN BAYI

Assalamualaikum ibu-ibu hebat semua..entry kali ni saya ingin share tentang teknik urutan bayi..bayi kena urut jugak ke..? urut bayi bukan macam kita urutan orang dewasa tau..kesian la bayi..nanti jadi kes dera pulak.no!no!no! 

Minyak / losyen pulak yang bersesuaian la ye..bukan minyak/ lotion orang dewasa..lebih tepat lagi baby lotion k..

Macam mana teknik yang betul?? Meh kite nengok..





TIPS UNTUK MENJAYAKAN URUTAN :
1- Lakukan urutan di dalam bilik yang sederhana panas / suam
2- Seelok-eloknya lakukan urutan bayi dalam keadaan bertelanjang
3. Mainkan lagu lembut atau CD Soothing Melody
4- Gunakan minyak atau losyen untuk mengurangkan geseran
5- Lakukan urutan sebaiknya selepas mandi dan pada waktu yg sama
6- Pandanglah mata bayi anda, menyanyi dan bercakaplah
kepada bayi anda ketika mengurut
7- Adalah disyorkan bermula dari bahagian kepala hingga
hjunng kaki kemudian barulah beralih ke bahagian belakang bayi
8- Aktiviti menurut merupakan suatu aktiviti meriangkan untuk
anda dan bayi, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula.




MASALAH DAN PENGHALANG :


1- Saya takut kalau-kalau saya mengurut bayi saya dengan tekanan yang kuat hingga mendatangkan kemudaratan.

Sekiranya ibu bapa ingin memulakan urutan ke atas bayi, ia boleh dimulakan dengan sentuhan yang lembut. Tekanan ditambah perlahan-lahan apabila ibu semakin yakin dan bayi pula kelihatan selesa dengan urutan anda.



2- Saya ingin melakukan urutan bayi tapi saya tiada masa

Urutan hanya memerlukan kurang dari 10 minit bagi bayi yang baru lahir atau bayi yang masih dalam pantang. Bagi yang agak besar, urutan boleh dilakukan dari 10 hingga 20 minit.



3- Saya bersedia dan cukup tenang untuk memulakan urutan, tapi bayi saya kelihatan tidak berminat dengan urutan.

Kadang-kala bayi berasa letih. Jadi tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat. Cubalah untuk mengurut bayi anda selepas bangun tidur.



4- Saya mempunyai bayi pramatang. Setiap kali sesi mengurut pasti dia menggigil kesejukan dan tidak selesa. Sedangkan suhu bilik berkeadaan normal malah kipas angin dipadamkan.
Bayi pramatang mempunyai tubuh yang kecil dan mudah kehilangan haba. Bagi mengelakkan berlakunya hypothermia, letakkan kain selimut di bahagian yang tidak diurut. Contoh, jika sedang mengurut dada, selimutkan perut dan kebawah.



FAEDAH URUTAN BAYI:


  • Membantu tumbesaran fizikal bayi 
  • Menguatkan ketahan tubuh badan 
  • Membina keyakinan diri 
  • Membantu bayi rasa tenang dan selesa 
  • Mengeratkan rasa kasih sayang antara ibu & anak 
  • Memlancarkan peredaran darah 
  • Memperbaiki sistem penghadaman 
  • Memperbaiki perjalanan darah. 
  • Merangsang deria. 
  • Mengurangkan tekanan. 
  • Meningkatkan daya ketahanan badan. 
  • Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi. 
  • Membantu memudahkan bayi tidur. 
  • Merangsang aliran oksigen dalam badan. 
  • Memudahkan penyingkiran bahan toksin. 
  • Membantu perkembangan fungsi otot. 
  • Membantu meredakan kesakitan apabila demam. 
  • Merangsang penghasilan hormon 

SHAKLEE KEMAMAN

SHAKLEE KEMAMAN

SHAKLEE KEMAMAN

SHAKLEE KEMAMAN

SHAKLEE KEMAMAN

SHAKLEE KEMAMAN

Nikmati saat-saat meriangkan bersama bayi anda..SElamat MEncuba..!!

BAYI IBU-IBU MENGIDAP RUAM?? KLIK DI SINI UNTUK INFO DAN KAEDAH RAWATAN.

No comments:

Post a Comment