Emm masuk je bulan Muharram mesti ade masakan bubur asyura..bulan-bulan lain memang kita jarang jumpa ngan bubur asyura ni..Oleh sebab itu la kot, biasanya ia menjadi salah satu program komuniti di kampung-kampung.. masak bubur asyura beramai- ramai..
Balik kampung di Kuala Terengganu sempena cuti Deepavali yang lepas, aku berpeluang berkunjung ke Program Memasak Bubur Asyura Perdana Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak bermula seawal jam 8 pagi hingga 11 tengah hari itu dan menampilkan hampir 100 peserta dari setiap JKKK di daerah tersebut..
Meriah tau! Setiap JKKK @ kampung yang join diberi ruang bawah kanopi untuk memasak..nak menang pertandingan, mereka bukan sahaja sedaya upaya menyediakan masakan bubur asyura paling sedap, tapi juga menghias/deco ruang masakan mereka dengan cantik..macam-macam tema deco ade..
Sesi mengacau Bubur Asyura
Dah siap kacau..ssesi mendeco deco la pulakkk
Tadaaaa..siap sudaaa
Deco-deco daripada kumpulan JKKK lain yang turut sama sertai
Program Perasmian oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu
Sesi menziarah kawasan oleh kami..hehe
Ketua Lawatan.. ummi kami
Seronok sekali sekala join program-program komuniti macam ni tau..
Balik dari jalan-jalan ni..aku terus pekena Performance Drink ais..huuuuhh legaa..tubuh yang penat kembali bertenaga...hehe.
SMS/WhatsApp/Telegram +6012 - 9575853 (Ija)
Nak beli Produk Shaklee dengan harga istimewa?
Nak buat duit dengan Shaklee?
Hubungi saya macam nombor dibawah :
SMS/WhatsApp/Telegram +6012 - 9575853 (Ija)
No comments:
Post a Comment