Assalamualaikum semua..tengah buat ape tu..
Kali ni nak share pengalaman saya hadir ke Majlis Santapan Bersama Warga Istimewa sempena sambutan Ulang Tahun Ke-52 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 16 Oktober yang lalu.
Kehadiran saya kali ni merupakan peluang kedua saya ke majlis ni. Pada tahun lepas, majlis berlangsung pada bulan Ramadhan. Since dah ade blog ni, boleh la cerita-cerita kan..well, know saya blogger..hehe
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan isteri, To’ Puan Rohani Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan isteri, To’ Puan Ramizah Hashim serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Majlis dimulakan dengan menikmati santapan menu yang telah disediakan.
Sebaik majlis santapan selesai, baginda berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 500 golongan istimewa terdiri daripada warga emas, fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah
Sempat posing dalam istana..hehe
Semoga Tuanku dan keluarga diraja Terengganu di rahmati dan dipanjangkan umur.....
Amin.......
Daulat Tuanku!
Kepada orang Teganu hok tengoh cari ubat/vitamin kesihatan paling molek dan semulajadi, pm/whatsup nombor dalam gambo bowoh ni deh..harga pung mollek bohhh!
No comments:
Post a Comment