Bau badan yang kurang menyenangkan akan mengundang rasa kurang selesa.
Bukan sahaja pada diri sendiri, malahan pada orang lain yang berkekatan dengan
kita.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia
bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan
mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium,
kalsium atau elektrolit. Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul
Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar
Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana
akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak
keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. Kelenjar
Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak
serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan
berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan
dalam kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk
protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin
dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan.
Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan
akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan,
majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk
sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan
saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
Makanan yang menjadi punca bau badan
- Daging merah
- Alkohol
- Ikan - sesetengah orang mengalami masalah metabolisme yang menyebabkan mereka berbau seperti ikan selepas memakan ikan terutama salmon
- Asparagus
- Serbuk kari/jintan
- Coffee
- Makanan ringan
- Remaja yang akil baligh kerana mengalami perubahan hormon
- Pesakit yang obes atau terlalu gemuk kerana sering mengambil ubat khusus
- Faktor genetik
- Diet pemakanan - Kerap mengambil makanan berempah, minuman berkafein, bawang putih, daging, telur, kekacang dan ikan.
- Perokok
- Pesakit tiroid
- Hypoglicemia
- Pesakit kencing manis
- Mereka yang kurang menjaga kebersihan badan
- Kerap mandi - sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas (cotton) dan longgar
- Berhenti merokok
- Elakkan makanan yang boleh menjadi punca bau badan
- Amalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
~PETUA ORANG DOLU-DOLU~
Berikut ialah petua menghilangkan bau badan:
Petua 1
- Potongkan
limau kasturi
- Selepas
potong, buangkan bijinya
- Kemudian
makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya
- Amalkan
selalu
Petua 2
- Gunakan
daun sirih.
- Daun
sirih ini dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik di samping
mengandungi zat aktif
- Daun
sirih juga membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi yang berpunca
daripada kuman atau bakteria.</p>
- Caranya
ambil 5 helai daun sirih dan rendam dalam satu bekas berisi air panas.
- Biarkan
ia menyejuk dengan sendiri.
- Bila
sudah sejuk minum air rendaman.
- Cuba
amalkan setiap hari dan lama-kelamaan masalah badan berbau akan hilang.
- Kalau
rasa macam tidak berapa lalu mahu minum air rendaman, boleh tambah sedikit
gula.
Petua 3
- Timun
juga boleh digunakan sebagai ramuan petua hilangkan bau badan.
- Caranya
potong timun kepada beberapa kepingan kecil.
- Semasa
mandi, gosokkan kepingan timun itu pada seluruh badan.
- Setelah
itu barulah dibilas bersih
Petua 4
- Kalau
tiada selera untuk minum air sirih, boleh guna bunga cengkih.
- Caranya
ialah rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas.
- Biarkan
sehingga kembang.
- Kemudian
minum air rendaman tersebut.
- Amalkan
sekerap yang mungkin untuk mengelakkan masalah badan berbau
TIPS MODEN DAN SIMPLE!!
- Amalkan pengambilan Alfalfa secara konsisten.
Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa bertindak sebagai:
- Penyahtoksik - membantu menyahtoksik toksin yang tersimpan di dalam badan.
- Pembersih Darah - mencuci dan membersihkan darah
- Agen anti kulat - klorofil yang terdapat di dalam alfalfa dapat membunuh bakteria di dalam badan dan bertindak sebagao deodoran semulajadi kepada badan.
- Fiber - tinggi serat untuk membantu proses penghadaman dan menggalakan pelawasan yang baik.
- Membantu menggalakkan fungsi kelenjar pituitari berfungsi dengan baik dan lancar.
DI mana nak dapatkan Alfalfa? Hubungi nombor yang tertera dalam gambar dibawah:
Dapatkan Produk SHAKLEE dengan harga istimewa & Konsultasi percuma sekiranya membuat pembelian dengan saya..
|ASK ME FOR DETAILS|
No comments:
Post a Comment