Bila aku tak suka pada rasa makananku
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
▫
🔹
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
▫
🔹
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringanku
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
🔹
Bila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
🔹
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
🔹
Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
🔹
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku
➖ aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
🔹
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka
➖ aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
🔹
Bila tiada siapa menyayangi aku,
➖aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
🔹
Bila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
➖aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku
❗
⏩Assalamualaika ya Rasulullah
⏩Assalamualaika ya habiballah
ﷺ
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman .
Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .
Selamat datang bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد
No comments:
Post a Comment