Rabiul Akhir (ربيع الآخر) adalah bulan keempat mengikut Taqwim Hijrah (kalendarIslam).
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) adalah bulan keempat mengikut Taqwim Hijrah (kalendarIslam). Pada zaman dahulu, bulan-bulan seperti ‘Rabi-awal’ dan ‘Rabi-thani’menandakan “musim bunga”, yang merujuk kepada musim pertumbuhan tanaman bijirin di Timur Tengah.
Kedua-dua bulan ‘Rabi’ tersebut menandakan “masa memakan rumput” binatang ternakan apabila banyak makanan dari tumbuh-tumbuhan telah muncul. Jika ‘Rabiul Awal’ ertinya bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan, ‘Rabiul Akhir’ pula bererti musim bunga yang terakhir juga dipanggil dengan nama ‘Rabiul Thani’ iaitu musim bunga kedua.
‘Rabi’ juga bermaksud gugur atau menetap dan ‘Akhir’ ertinya penghabisan. Maka Rabiul Akhir juga membawa pengertian musim gugur atau menetap kali penghabisan atau yang terakhir. Bulan ini juga dinamakan ‘Rabiul Thani’ (ربيع الثاني) yang bererti gugur atau menetap kali yang ke-dua.
Gelaran bagi setiap nama bulan pada asalnya sudah lama wujud sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ iaitu sejak zaman Ka’ab bin Murrah, datuk kelima Rasulullahﷺ lagi dan Baginda ﷺ terus menggunakannya oleh kerana nama-nama bulan tersebut tidak memberi makna yang buruk. Maka selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, para sahabat terus mengekalkan nama tersebut walaupun sebenarnya nama-nama bulan seperti Rabiul Akhir itu sendiri tidak lagi berkaitan dengan peredaran musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiul Akhir atau Rabiul Thani yang bermakna musim bunga yang kedua dan terakhir tidak semestinya dikaitkan dengan keadaan musim bunga sebenarnya, kerana ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
// Petikan gambar dibawah diambil daripada Helaian Kalendar Sunnah bagi
bulan Rabiul Akhir.
* Hemm, Apa yang menarik tentang #kalendarsunnah ni ialah part kata-kata nasihat.
Memberi peringatan secara tersendiri untuk kite sebagai pengguna kalendar sunnah.
Korang boleh tengok pada beberapa keping petikan gambar kat bawah ni..
Btol tak ??
Bagi korang yang nak memiliki KALENDAR SUNNAH ni, boleh la contact direct person kat sini :
SMS/WhatsApp/Telegram:
+6012 - 9575853 (Ija)
+6019 - 9175697 (Sukrie)
Harga Jualan Senaskah Kalendar Sunnah:
Semenanjung = RM 55.00
Sabah, Labuan, Sarawak = RM 60.00
Singapura = SGD 22.00
Brunei = BND 22.00
SEMOGA KITA SEMUA BERADA DALAM RAHMAT DAN LINDUNGAN ALLAH S.W.T !!
No comments:
Post a Comment