Yeeeee uolls.. tapi hanya di TERENGGANU DARUL IMAN.
Untung ler orang Terengganu kannn.. dapat duit lagi tuu..
Ni tengok nii..banyak jugak tuuu..starting RM100.00.
Syarat-syarat :
1) Bayi hendaklah dilahirkan di negeri Terengganu bermula pada 1.1.2017 sehingga 31.12.2017.
2)Bagi Bayi yang dilahirkan di luar negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat
kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
3) Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu.
4) Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai "bilangan anak dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada satu perkahwinan sahaja dan bukan keluarga berpoligami".
5) Pemohon perlu mengisi borang Permohonan ini (BP-SK2017) bersama dengan Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
6) Permohonan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen yang Disahkan sebagaimana berikut :
- Borang Permohonan Saguhati Kelahiran (BP-SK2017) yang lengkap diisi dan ditandatangani.
- Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang lengkap diisi dan ditandatangani.
- Salinan Sijil Kelahiran Bayi.
- Salinan MyKID Bayi (jika ada).
- Salinan Kad Pengenalan Ibu.
- Salinan Kad Pengenalan Bapa.
- Salinan Sijil Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
- Salinan Sijil Kelahiran kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke – 7 dan keatas.
Haa..yang cukup syarat di atas tu, pakat isi la belaka awok2 !
Rupanya, pemberian saguhati ni ada dari tahun 2015 lagii.
Untuk tahun 2016, boleh mohon sehingga 31 Mac, 2017 ning..
UNTUNG LERR ORANG TEGANUNGG KITERR!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete