Pages

TIPS PENJAGAAN MISS V (UNTUK WANITA SAHAJA)


Majoriti wanita sanggup menghabiskan wang untuk kecantikan wajah dan tubuh badan sehinggakan mereka lupa menjaga aset yang sangat penting iaitu kesihatan dan kebersihan vagina. Bahagian intim ini tidak boleh diambil mudah , ianya perlu dijaga dengan betul agar berada dalam keadaan baik dan mencegah daripada risiko terkena pelbagai penyakit.


Oleh sebab itu, anda perlu membaca dan mengetahui TIPS PENJAGAAN MISS V dengan betul agar sentiasa terpelihara dan bersih .
           

"jangan muka je nak cantik.halus, mulus..yg satu itu pun kena jaga tau.."


ANTARANYA...



  • Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air. Penggunaan tisu basah tidak digalakkan kerana dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.


  • Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.
  • Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan dan a harus ditukar denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.

  • Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit. Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.

  • Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

  • Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.


  • Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.





  • Peka dengan perubahan bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor . Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.
  • Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah Ph faraj dan telah diuji kebersihannya dan terbukti ada kelulusan KKM. (KLIK untuk Tahu Lebih Lanjut).
Sumber: Googlet

No comments:

Post a Comment